Terdesak mengelak debat dengan LGE, Ka Siong terpaksa mohon simpati Najib
Oleh kerana Wee Ka Siong tidak memahami memes, biar saya kemukakan kronologi secara biasa untuk menyegarkan ingatan Wee mengenai cabaran debatnya berkenaan Dasar Kabotaj yang menyebabkan kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 KM memintas Malaysia dan merisikokan RM12-15 bilion pelaburan berteknologi tinggi.
Jelas, apabila Wee berdiam diri mengenai tarikh yang pasti menyebabkan saya mencadangkan 23 Oktober sebagai tarikh debat pada 5 Oktober. Wee hanya mencadangkan 2 November sebagai tarikh debat pada 17 Oktober. Tidak ada pada sebarang masa pejabat Wee menghubungi pihak saya yang dikendalikan oleh Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching. Wee kini mendapatkan bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk menolongnya.
Di satu pihak Najib mempersoalkan mengapa saya tidak sabar menunggu 10 hari untuk debat diadakan pada 2 November dan bukannya berkeras mahu ia diadakan pada 23 Oktober. Sebaliknya, Najib cuba mengejek saya dengan meramalkan bahawa saya tidak akan berani berdebat dengan Wee. Walaupun saya tidak mahu berperang mulut dengan Najib, menjadi satu persoalan adakah penundaan 10 hari itu disebabkan Wee cuba mengubah aspek dasar kabotajnya? Bolehkah Najib membantu Wee untuk meyakinkan syarikat gergasi teknologi untuk kembali ke Malaysia?