Terkejut berita palsu dakwa sudah meninggal, Zarina Zainuddin minta doakan terus sihat

Terkejut berita palsu dakwa sudah meninggal, Zarina Zainuddin minta doakan terus sihat

Perkongsian pelakon, Zarina Zainuddin berkenaan tindakan satu blog yang memuat naik berita palsu tentang kematiannya benar-benar mengejutkan.

Berita palsu kematian

Menerusi posting yang dibuat Zarina, dia mengakui terkejut kerana tiba-tiba sahaja berita berkenaan muncul. Mana tidaknya, dia yang sedang sibuk menjayakan mengakui terkejut dengan berita palsu terbabit.

Doakan anak tabah dan kuat

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Puteri Lindungan Bulan itu menyatakan yang anaknya kini berada di Singapura dan sedang menjaga booth pulut miliknya.

Jadi, dia berharap agar anaknya tabah dan kuat ketika berada disana dan meminta agar orang ramai dapat mendoakan dirinya panjang umur serta murah rezeki.

Tangkapan layar yang dibuat oleh Zarina Zainuddin menunjukkan tajuk dan artikel yang dibuat oleh blog tersebut menyatakan yang dirinya telah meninggal dunia pada hari ini.

Mereka juga menzahirkan ucapan takziah diatas ‘pemergian’ tersebut disertakan dengan potongan Surah Al-Fatihah dan gambar pelakon berkenaan.