Terkini!!! Lagi arahan terbaru KPM undang kemarahan ibu-bapa
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan murid daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama, lapor akhbar Sinar Harian.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mereka sebaliknya perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai usaha mengawal jangkitan Covid-19 yang lebih besar serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).