Terkini!!! Nilai ringgit terendah sejak 1998, jelas kebimbangan Muhyiddin terhadap kemampuan Ismail urus ekonomi negara terbukti berasas
Ringgit susut ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan dagangan semalam, melepasi paras 4.5600 disebabkan harga minyak yang lebih rendah, ditambah dengan pengukuhan dolar AS.
Pada pukul 9 pagi, Utusan melaporkan mata wang tempatan susut kepada 4.5640/5680 berbanding dolar AS daripada 4.5585/5595 pada penutup kelmarin, sebelum ditutup pada 4.5535.
Beberapa hari lepas. Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka membidas kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob, yang dilihatnya tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting.
Dia0 yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), berkata setiap kali majlis itu bermesyuarat, isu kekurangan tenaga kerja sering kali dibangkitkan dan dilaporkan kepada Kabinet, namun setakat ini masih belum ada penyelesaian komprehensif terhadap semua isu ini.
“Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.
“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay. Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana,” katanya, memetik laporan Berita Harian.