Terkini!!! Sanusi dibidas galakkan rakyat Kedah berjudi di Pulau Pinang

Terkini!!! Sanusi dibidas galakkan rakyat Kedah berjudi di Pulau Pinang

MB KEDAH MINTA SERIUS SIKIT

Kenyatan MB Kedah mengenai pengharaman penjualan nombor ekor (judi) di negeri itu satu tindakan yang baik. Ia sesuai dengan matlamat perjuangan parti yang didokonginya.

Tetapi arahannya supaya mereka gila judi agar membeli nombor ekor di Pulau Pinang tidak betul. Seruan itu jauh sekali menepati maslahat sebenar kenapa nombor ekor dilarang di jual di Kedah.

Bukankah pengharaman itu untuk cegah maksiat dan membendung gejala keruntuhan moral dan sosial akibat judi?

Kalau judi itu boleh dilakukan di Pulau Pinang dimanakah rasionalnya halangan itu dibuat di Kedah sedang disuruh dibeli di Pulau Pinang.

Apakah nombor ekor di Kedah sahaja boleh meruntuh dan merosakkan institusi sosial tetapi tidak di Penang.

Atau maksud beliau biarlah judi dibuat di Penang asal jangan di Kedah?

Sebagai pemimpin yang mengaku sebagai perjuangkan agama, MB Kedah patut menjaga kepentingan semua orang di semua tempat bukan dalam negeri dikuasainya.

Bukankan dakwah itu dituntut diseru ke seluruh alam? Takkan perkara ini Tok Dor tak ajar.

Kita tahu dia melawak dengan kenyataan itu, tetapi lawaknya langsung tak berisi. Harap MB Kedah belajar jadi serius bukan terlebih humour. Trims.

Sumber – FB