“Terpengaruh dengan ceramah ustazah, aku balik kerja tidur dalam keadaan lapar sebab isteri kata memasak bukan tugasnya”

“Terpengaruh dengan ceramah ustazah, aku balik kerja tidur dalam keadaan lapar sebab isteri kata memasak bukan tugasnya”

 

Aku dah kahwin enam tahun. Tapi isteri tak pernah ambil tahu makan minum aku. Kejap lagi ada la perempuan cakap,masak bukan tugas isteri.

Isteri bukan orang gaji. Betul la tu isteri bukan orang gaji. Aku selalunya yang masak. Basuh pinggan pun aku.

Setiap kali cuti pun aku yang masak. Dia perlu makan dan rehat dengan anak.

Aku tak kisah pun kalau masa cuti dia nak aku masak untuk dia dan anak – anak. Tapi sekurang – kurangnya masa hari kerja aku harap dia tolong sediakan makanan untuk aku sebagaimana aku melayani dia.

Kalau dia tak tahu masak atau dia malas memasak, dia boleh belikan untuk aku di luar. Tolong belikan pun dah cukup. Sebab aku dari tempat kerja aku terus balik ke rumah. Ulang alik pergi dan balik 4 jam. Penat satu badan.

Aku tak mampu nak masak untuk diri sendiri. Kepala tu fikir nak makan kemudian rehat, tidur je. Tapi bila balik dengan badan letih, dengan perut lapar. Dia langsung tak ambil tahu pasal aku makan ke belum. Selalunya aku tidur dalam keadaan lapar.

Rasa hampa isteri tak ambil tahu makan minum aku seperti mana aku ambil berat tentang dia. Aku tak pernah harapkan dia pandai masak atau rajin masak. Hanya cukup dia ambil tahu aku makan ke tidak, ada usaha nak sediakan makanan untuk aku. Beli pun dah okey.

Korang tak payah cakap bagi nafkah. Bab nafkah aku bagi cukup. Separuh dari gaji aku dah berikan untuk dia. Untuk mak ayah pun aku jarang beri duit, janji isteri aku ni dapat nafkah cukup. Disebabkan ada ustaz atau ustazah cakap masak bukan tugas isteri, jadi terus tak ambil tahu makan minum suami. Jadi buat apa kahwin? Baik hidup bujang.

Aku dah slow talk dengan dia dan sekarang dia tengah merajuk. Kejap lagi balik kerja aku pujuk lah. Tapi kalau tak berubah jugak mungkin cari bini no 2 la kot kan. Tak la aku gurau je. Apa yang aku faham, suami isteri kena bekerja sebagai satu kumpulan untuk imbangkan rumah tangga.

Kalau nampak isteri dah sibuk masak, si suami tolong jagakan anak atau bantu isteri basuh pinggan. Kalau suami dah ambil alih tugas memasak, sekurang – kurangnya masa dia kerja you as wife tolong ambil tahu makan minum dia masa dia sibuk. saling bantu membantu.

Suami isteri perlu saling ambil berat. Saling jaga sebab we are couple yang akan sama – sama pimpin tangan ke syurga. Aku cuba jadi yang terbaik kerana aku sangat sayangkan dia. Dia bukan isteri yang buruk, cumanya dia kurang ambil berat bab makan minum aku.

Aku kongsi di sini supaya ada kalau ada isteri lain yang terbuat hal yang sama, tidak ulang benda ni. Suami yang pulang dari kerja selalunya penat dan lapar, nak ambil hatinya just sediakan makan dan minum. Dia habis kerja pun rasa happy dan tak sabar balik rumah sebab isteri dah sedia makan.

No need layan macam raja, tapi cukup ada makanan yang dia boleh isi perut dia yang lapar. Akak – akak, makcik – makcik, datin dan kaum wanita tak perlu tr1gger dengan confession aku ni. Aku tak pernah layan isteri aku macam orang gaji.

Sekali lagi aku cakap, selalunya memasak aku yang ambil tugas tu. Just mengharap isteri aku ambil tahu makan minum aku pada hari aku kerja kerana aku sangat letih tak mampu nak masak. Beli pun dah okey. At least ada makanan untuk aku alas perut di rumah. – Papa (Bukan nama sebenar)