“Tiada derma tiada sedekah, yang haram jelas tetap haram,” – Ayob Khan tempelak lebai Pas cuba cipta ‘fatwa’ baru rasuah

“Tiada derma tiada sedekah, yang haram jelas tetap haram,” – Ayob Khan tempelak lebai Pas cuba cipta ‘fatwa’ baru rasuah

“Jangan keluarkan fatwa baharu. Dalam apa keadaan sekali pun, kita tidak boleh makan rasuah,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Kenyataan beliau hadir ketika keputusan Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini yanh membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid yang bertanding atas tiket PAS selepas didapati terlibat dengan perlakuan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Menurutnya, apa sahaja terma yang ditakrifkan sama ada sedekah atau derma, namun jika terkait amalan rasuah ia tetap haram.

“Tak payahlah kita nak bagi fatwa lain. Ini derma ini sedekah, tiada derma tiada sedekah dan haram tetap haram,” – Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Katanya, beliau tidak akan bertolak ansur dalam soal integriti dan mana-mana individu yang terbabit dalam amalan rasuah akan ditangkap, dituduh di mahkamah dan dikenakan tindakan tatatertib.

Memetik Kosmo!Online, Ayob berkata, isu integriti perlu diberikan keutamaan paling tinggi oleh setiap penjawat awam barulah isu-isu lain berkait rasuah dan salah guna kuasa dapat diatasi.

Menurutnya, setiap penjawat awam juga perlu tegas, berani dan konsisten dalam setiap tugasan serta tanggungjawab yang diamanahkan.

“Penjawat awam jika cukup 60 tahun sudah pencen. Apabila sudah pencen, jangan bising lagi, duduk rumah jaga cucu. Sekarang ini kita ada kuasa dan kedudukan, kita laksana tanggungjawab itu dan jangan takut. Tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.

Katanya, beliau memuji ketegasan dilakukan negara jiran, Singapura dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa di mana ketegasan itu meletakkan Singapura pada tahap sekarang.