Timbalan Menteri dakwa harga barang di Malaysia masih murah berbanding harga di negara Arab
Sedang kemarahan rakyat tidak dapat dibendung berpunca kenaikan harga barangan keperluan yang naik mendadak, muncul pula kenyataan demi kenyataan dari anggota kabinet kerajaan yang seakan memperlekeh tahap keintelektualan rakyat.
Sebelum ini, Menteri KPDNHEP, Nanta Linggi berkata kenaikan harga barangan masih normal. Terbaru kenyataan Timbalan Menteri Pertanian pula mengundang kecaman netizen.
Dalam kenyataannya hari inj, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata kadar kenaikan harga barangan di negara ini tidak seteruk seperti banyak negara lain termasuk sesetengah negara Arab yang mengalami kenaikan mendadak sehingga tiga kali ganda.
Dia berkata, kerajaan sedang berusaha menstabilkan harga barangan keperluan asas dengan memperuntukan subsidi yang besar.
“Kalau dahulu di Mesir misalnya harga 100 pound (bagi sesuatu barang), harga sekarang naik mencecah 300 pound. Dalam negara kita Alhamdulillah kerajaan telah pun meluluskan peruntukkan yang sangat besar untuk disubsidikan kepada beberapa barangan keperluan asas.
“Terutama sekali pertanian seperti harga baja, racun dan makanan ternakan haiwan seperti kambing, lembu, ayam dan sebagainya,” katanya selepas melawat Projek Kelompok Tanaman Nanas Parit Ghani di Simpang Renggam, hari ini.
Nik Muhammad Zawawi berkata, isu kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di negara ini malah di seluruh dunia akibat wabak Covid-19