Tip bagi pokok cempedak berbuah lebat di pangkal pokok, senang nak petik buahnya
Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.
Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.
Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan
Tip pokok cempedak berbuah lebat di pangkal pokok
- Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.
- Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.
- Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.
- Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.
Semoga bermanfaat