Tips buat cendawan goreng tepung sedap, rangup dan tak berminyak

Tips buat cendawan goreng tepung sedap, rangup dan tak berminyak

 

Petang-petang memang sedap kalau dapat makan cendawan goreng tepung. Memang ‘layan’ sangat sampai tak sedar dah habis licin sepinggan.

Cara penyediaannya juga cukup ringkas. Yang paling penting, jika anda ikuti resipi ini, cendawan akan menjadi rangup elok dan tidak berminyak.

Oleh itu, mari kita sama-sama ikuti perkongsian oleh Puan Norzalina Eja di bawah.

RESEPI CENDAWAN GORENG TEPUNG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cendawan
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 4 sudu tepung bestari
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 biji telur

Cara-cara penyediaan:

1. Cuci cendawan sehingga bersih dan keringkan dengan tisu dapur.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk. Kocakkan guna garfu.

3. Sediakan bekas yang ada penutup, campur tepung ubi, tepung, tepung bestari, garam dan serbuk lada hitam. Tutup penutup dan goncangkan sehingga sebati.

4. Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak. Api jangan terlalu kuat.

5. Gaulkan cendawan dalam telur terlebih dahulu, kemudian golekkan dalam tepung.

6. Goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.

cendawan goreng tepung

Selamat mencuba!