Tragis!!! Mayat 2 beranak ditemui dalam rumah disyaki korban Covid-19

Tragis!!! Mayat 2 beranak ditemui dalam rumah disyaki korban Covid-19

Dua beranak ditemukan meninggal dunia dikhuatiri dijangkiti Covid-19 di kediaman mereka di Taman Dato Setia di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Superintendan Wari Kiew berkata, penemuan mayat anak dan bapa berusia 53 dan 79 tahun itu dimaklumkan kepada pihak polis pada 4.33 petang oleh seorang kenalan mangsa yang gagal menghubungi mangsa sejak beberapa hari lalu.

“Anggota polis yang tiba di banglo satu tingkat di taman perumahan berkenaan kemudiannya memeriksa keadaan rumah itu dan mendapati pintunya berada dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci.

“Pemeriksaan selanjutnya ditemukan kedua mayat di dalam rumah berkenaan dengan keadaan fizikal mayat lelaki lebih muda itu dipercayai sudah kembung dan disyaki meninggal beberapa hari yang lalu.

“Mayat warga emas pula didapati terbaring di ruang makan rumah itu dan dalam keadaan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, petugas kesihatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) kemudiannya tiba untuk melakukan pemeriksaan terhadap mangsa.

“Pemeriksaan badan di buat kepada kedua-dua mayat dibuat secara rambang dan tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap mangsa.

“Namun begitu, pemeriksaan teliti tidak dapat dilakukan dengan terperinci kerana dikhuatiri mangsa dijangkiti Covid-19.

“Isteri mangsa tiada di rumah ketika itu dan hanya tiba selepas kejadian itu turut dibawa ke HTF untuk pemeriksaan lanjut kerana disyaki mengalami kemurungan kerana kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, kedua mayat itu di bawa ke Unit Forensik HTF untuk pemeriksaan lanjut termasuk ujian saringan Covid-19.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Sumbet – Harian Metro