Tular anak murid menangis teman lelaki kena sailang, tapi reaksi cikgu pula yang buat netizen terhibur

Tular anak murid menangis teman lelaki kena sailang, tapi reaksi cikgu pula yang buat netizen terhibur

 

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok putera_andi, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan seorang guru membuat satu klip durasi pendek mengenai anak muridnya yang sedang menangis kerana teman lelaki dirampas.

Reaksi guru meminta ‘teman lelaki’nya memujuk kanak-kanak itu agar tidak menangis pula buat ramai yang terhibur dengan tindakannya yang secara spontan dan selamba.

Video klip ini juga telah ditular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan terhibur apabila melihat reaksi si guru dan ‘teman lelaki’ anak muridnya dengan secara spontan dan selamba.

Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen, bahawa pada seumur kanak-kanak ini mereka akan dimarahi oleh ibu bapa jika mempunyai teman lelaki atau teman wanita di sekolah.

 

Lihat apa juga kata orang ramai:

@itsryn4you: aku time drjh 1 klau cpl dh kne sebat ngn mak aku dik

@NrlAin: HAHAHAH haku la awangku niii kecik kecik dah pndai

@aisyh : yang si budak laki nya pun mcm nak nangis hahaha

@Jonnis Aziz: aku time kecik xde masa nk fikir ape itu cinta…Dunia ku waktu tu bersukaria main2 je…

@ryy: time ni aku duk tunggu bila lori milo nak datang sekola aku

@CEO OF EX5 BIRU: untung kau dik,aku yg besar ni pon xde yg nak

@sya- lisya : takpe nanti akk bawak adek healing sampai pagi tak balik oh noo

@botaksokkerass: sakit nya lah aku tengok video ni aku pun single kena reject

@Arizz Nadzri: mcm aku masa pra dulu dah ade suka2 last2 budak tu minat kat cikgu tu yg mengajar smpai dia habis sekolh rendah