Tular lelaki masak & review rasa telur buaya goreng
Telur goreng merupakan sejenis makanan kebiasaan yang boleh didapati di mana-mana sahaja dan sesuai dimakan tapa mengira masa serta tempat.
Secara umumnya jenis telur yang dipilih untuk dimakan oleh masyarakat seantero dunia terdiri dari ayam, itik dan burung.
Namun, kadang-kala terdapat segelintir masyarakat yang keluar dari kelompok itu dengan menyantap telur binatang eksotik.
@khairuljohari27 Replying to @azri_juhari saya try buat n rasa telor mata buaya. telor mata buaya ni rasa kenyal2 n creamy2 sikit.. tang kuning sedap.. tang putih tu rasa lain macam sikit 😅
Goreng & Review Telur Buaya Goreng
Perkara inilah yang dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi akaun Tiktok miliknya semalam.
Video berdurasi sekitar 2 minit itu memaparkan seorang wanita menggoreng sebiji telur berbentuk lonjong yang didakwa sebagal telur buaya.
Seterusnya, fokus video beralih kepada seorang lelaki tempatan yang merupakan empunya akaun mencuba menu tersebut dan menyatakan bahawa telur itu terasa lebih kenyal dan creamy tetapi bahagian putih itu terasa lain dari kebiasaan.
Bela Binatang Eksotik Sebagai Hobi
Menerusi sebuah video lain, lelaki dengan pengikut lebih 80 ribu itu mendedahkan ada sebab beliau memilih untuk memasak telur tersebut dan tidak membiarkannya menetas.
Hal ini kerana beliau bukanlah pemilik sebuah Zoo sebaliknya hanya memelihara binatang-binatang eksotik seperti buaya ini sebagai hobi.
Oleh yang demikian, ruangan untuk menempatkan anak buaya jika menetas adalah sangat terhad.
Netizen Luah Rasa Risau
Setakat ini video yang dikongsikan oleh @khairuliohari27 ini telah menerima 622 ribu tontonan dan ratusan komen yang rata-rata meluahkan rasa risau terhadap lelaki berkenaan.
Hal ini menurut sesetengah kepercayaan, buaya merupakan binatang yang menyimpan kesumat. Antara komen tersebut adalah seperti berikut: