Tular murid buat tarian ‘flower’, netizen kritik sekolah & guru galakan – “Patutlah ramai lelaki lembut”

Tular murid buat tarian ‘flower’, netizen kritik sekolah & guru galakan – “Patutlah ramai lelaki lembut”

 

Sejak beberapa minggu lepas, tarian lagu nyanyian ahli kumpulan Blackpink, Jisoo yang bertajuk Flower menjadi trend ikutan ramai di media sosial.

Ramai tidak melepaskan peluang untuk sertai trend tersebut dan memuat naik video menari lagu tersebut di akaun Instagram atau TikTok mereka.

Namun, video seorang murid lelaki melakukan tarian Flower itu meraih perhatian ramai warganet yang memberikan pendapat mereka tentang hal berkenaan.

Murid tersebut memakai baju unit beruniform dan menari sambil disaksikan ramai pelajar lain dan seorang guru turut menari di tepi seperti memberi sokongannya kepadanya.

Menerusi ruangan komen ramai mengkritik apa yang mereka tonton itu kerana tidak sesuai murid terutamanya lelaki untuk diajar menari sebegitu.

Ada yang persoal jika perkara itu dikira sebagai child grooming apatah lagi gurunya juga turut ketawa gembira seperti menggalakkan murid terbabit.

Segelintir individu berkata perkara sebegini jika tidak dibendung akan merosakkan generasi muda dan membentuk seorang lelaki yang ‘lembut’.

Dalam pada itu, ramai yang bersetuju banyak lagi aktiviti lain yang boleh guru anjurkan dan berkata lelaki menari sebegitu satu aktiviti yang tidak bermoral untuk diajar atau digalakkan.