Tular video Anwar mengislamkan saudara baru di Klang undang pujian netizen
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam, hari ini.
Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu.
Lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.
Turut hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
PMX mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang. pic.twitter.com/liaVwozQUA
— sembang🖐🏼 (@sembangggg) August 18, 2023
Terdahulu, Anwar sebelum itu antara pemimpin yang melawat keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Beliau sebelum ini dijadual menunaikan solat Jumaat di Sri Petaling, tetapi memilih Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas bergegas ke HTAR.