Umum bertanding guna logo PN, Pas di ‘checkmate’ Bersatu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media sempena Muzakarah Pas-Bersatu di Hotel Glenmarie sebentar tadi.
Sebelum ini, Pas dilihat bermain teka-teki ketika ditanya pendirian parti tersebut bertanding pada PRN Johor, samada memilih untuk bersama UMNO ataupun Perikatan Nasional.
Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, PAS sedia berunding untuk bekerjasama dengan parti lain terutama yang mempunyai kerjasama termasuk UMNO menerusi MN.
“Secara asasnya, PAS ingin bekerjasama dengan semua, sama ada UMNO atau BERSATU kerana kita utamakan penyatuan ummah, sebab itu kita bersedia berunding serta berbincang.
Pengunuman Muhyiddin hari ini secara tidak langsung menamatkan terus isu perbincangan yang telah dirancang antara Pas dan UMNO dalam soal agihan kerusi bertanding.