Undi 18 : Syed Saddiq gesa AG tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi

Undi 18 : Syed Saddiq gesa AG tidak rayu keputusan Mahkamah Tinggi

KENYATAAN MEDIA
KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI SUPAYA UNDI 18 DILAKSANAKAN DENGAN SEGERA

1. Saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuching supaya Kerajaan Persekutuan melaksanakan penurunan usia mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun dengan segera.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi untuk membenarkan permohonan semakan kehakiman ini adalah selari dengan hasrat dan keputusan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah meluluskan usul UNDI18 pada Julai 2019.

3. Saya menggesa YAB Perdana Menteri Ismail Sabri dan Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Azizan Harun untuk tidak mengemukakan sebarang rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini bagi memastikan hak orang muda terus dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

4. YAB Perdana Menteri Ismail Sabri juga merupakan Ketua Pembangkang sewaktu usul UNDI18 diluluskan Dewan Rakyat dengan keputusan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Maka, wajar untuk perlaksanaan UNDI18 ini disempurnakan di peringkat perlaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan segera.

5. Saya ingin menzahirkan ucapan tahniah kepada orang muda yang telah bertungkus lumus untuk menfailkan permohonan semakan kehakiman bagi memastikan UNDI18 dapat dilaksanakan dengan segera.

JALAN TEGAK
SYED SADDIQ

Berita penuh di – Malaysiakini