“Usah sampai pisang berbuah dua kali”, – peminat nasihatkan Shuib dan Watie agar tak ulangi kesilapan di majlis Janna Nick

“Usah sampai pisang berbuah dua kali”, – peminat nasihatkan Shuib dan Watie agar tak ulangi kesilapan di majlis Janna Nick

Polemik kehadiran Ustaz Wadi Annuar sewaktu majlis resepsi Janna Nick dan Dini Schatzmann nampaknya terus menjadi buah mulut warganet sehingga ke hari ini.

Meskipun penjelasan telah pun di lakukan oleh Ustaz Wadi Annuar bagi mempertahankan kehadirannya ke majlis tersebut, namun bukan semudah itu untuk beliau berdepan dengan ‘bawang rangers’ ini.

Terkini, ‘bawang rangers’ ini bakal menggalas tugas menjadi pemerhati bebas kepada satu lagi majlis pernikahan pasangan selebriti terkenal di negara kita.

Ianya gara-gara penampilan tunang pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah yang mengenakan busana tradisional songket mencuri tumpuan netizen di aplikasi TikTok mulai semalam.

Malah, menurut wakil ‘bawang rangers’ ini, jika tidak mengambil iktibar kejadian yang menimpa Ustaz Wadi Annuar hujung minggu lepas, nescaya kejadian sama bakal berulang pada majlis Shuib dan Watie yang dijangka berlangsung 23 Jun ini.

Mana tidaknya, dengan status dimiliki kedua-dua mempelai, mereka turut diketahui berkawan rapat dengan ramai kenalan dikalangan ustaz selebriti tanah air.

Jika diteliti perkongsian video menerusi akaun @watietqtizi, selainWatie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sewaktu memperagakan koleksi barangan kemas daripada sebuah jenama kedai emas dipercayai bagi tujuan promosi, ternyata ‘bawang rangers’ ini lebih terarah kepada melihat betapa bulatnya aset yang dimiliki bakal isteri Shuib itu.

@watietqtizi

😍 #watiehanifiah #syuibwatie #fyp #masukfyp #foryou #foryoupage

♬ Ketipang Payung – Dayang Nurfaizah

Ini sudah tentu mendatangkan keresahan kepada tetamu yang hadir, lebih-lebih lagi mereka yang bergelar ustaz. Malah tarian gelek yang disajikan buat melengkapkan majlis berinai semalam juga mengundang rasa tidak puas hati ‘bawang rangers’ ini.

Mereka menganggap tindakan mengadakan tarian gelek sejurus selepas majlis khatam Al-Quran Watie itu seolah-oleh satu persendaan kepada perkara berkaitan agama, sama seperti dilakukan Janna Nkck dan pasangannya terhadap Ustaz Wadi Annuar.

@akakpelamin

Meriah nyaaa😍😍 Merpati dua sejoli … #WeddingDay #WatiForShuib

♬ شكد حلو – اصيل هميم

Justeru, kata mereka, Shuib dan Watie sewajarnya menyemak kembali perjalanan majlis pernikahan mereka nanti, dan tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kepada perancang perkahwinan yang telah dilantik.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup. Detik bersejarah penyatuan pasangan ini bakal dipaparkan menerusi tiga buah episod istimewa dalam rancangan Walimatulurus Shuib & Watie yang akan ditayangkan secara eksklusif bermula 24 Jun 2023, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Shuib pernah berkahwin sebelum inj dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Walaubagaimanapun, Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 angkara Covid-19.