“Ustaz kata, ramai orang yang dengki, ada orang hantar macam-macam kat family aku, orang tu tak lain tak bukan, kawan papa tu, memang macam-macam dia buat, sampai lah business papa lingkup, dia sapu semua”
Banyak kisah keluarga yang diuji dengan sihir kerana ada pihak yang tidak puas hati lalu menggunakan jalan yang salah.
Harus diingatkan perbuatan sihir ini adalah dosa besar yang dianggap syirik. Ia kerana perbuatan ini melawan hukum Allah dan dilihat sebagai ingin menyaingi kuasa Allah.
Wanita ini berkongsi kisahnya dimana keluarganya terumbang ambing kerana diuji dengan perbuatan sihir yang dihantar oleh rakan bapanya.
Assalamualaikum. Terima kasih kalau cerita ni disiarkan. Maaf kalau agak meleret. Keluarga aku merupakan keluarga yang sederhana. Dulu, papa pernah ada 1 business. Bukan business kecil-kecilan mahupun besar-besaran.
Cukup untuk tampung hidup kami sekeluarga. Namun, pada mata orang sekeliling, MUNGKIN zahirnya, keluarga aku seolah-olah senang – lenang. Konon tidur berbantalkan emas. MUNGKIN. Aku rasa, kisah hidup keluarga aku ni, dah sangat sebati dengan masyarakat melayu. Penuh Hasad Dengki. (PHD)
Kawan yang papa tolong, waktu dia susah, dibuang keluarga dan papa ambil dia kerja dengan business papa, mulai hanyut. Masalahnya, dia tarik papa hanyut sekali!! Kami sekeluarga terkontang – kanting. Keadaan kat rumah terbiar.
Mama dan papa sakan berg4duh. Sampailah satu saat, aku tengok, mama m4kin lesu. Kusut. Mama tak macam yang aku kenali! Sangkaan awal aku, mungkin depr3ssion. Aku yang jaga mak aku, sedih! Mama tak kenal kami siapa, anak yang dikendongnya dulu!
Mama mulai s4kit teruk, yang doktor sendiri tak tahu apa puncanya. Aku pun buntu. Bila berlarutan, saud4ra dekat aku suruh berubat dengan ustaz. Bukan satu. Banyak! Katanya s1hir. Bertahun juga. Bila aku masuk boarding school, mama tak cerita sangat apa yang berlaku. Katanya, semua baik-baik aje.
Bila aku asasi, masa tu, business papa tu stable. Boleh nak tanggung aku dengan abang aku study kat universiti. Alhamdulillah lah masa tu, lancar je rasa hidup. Macam mimpi je, hidup selesa. Rupanya, memang mimpi aje!
Setahun dua lepas tu, semua start berubah. Asal ramai-ramai berkumpul je kat rumah, kalau bertembung, bercakap je, mesti ade yang g4duh! G4duh ni bukan g4duh manja, lempang – lempang pipi, sendeng – sendeng bahu ye!
Ni g4duh yang bertumbvk, tend4ng sampai terlentang. Ade sampai tahap g4duh dengan pis4u! Bila berg4duh, masing-masing tak ingat pape. Macam kena rasuk. Bila dah lerai, bingung! Mama menangis je tengok semua ni jadi, sesama anak-anak dan papa.
Dekat rumah, rasa panas je semua. Aku pulak, tinggal dekat rumah sewa. Tingkat 4. Bilik aku ada sliding door dan aku ada sorang room mate. Kitorang memang jenis suka buka sliding door seluas alam. Malaysia panas kot! ada berapa kali, aku tidur, tiba-tiba aku terk3jut!
Ada benda terbang atas aku! Tengok-tengok, PELESIT bertenggek kat kepala katil, atas kepala aku! Nasiblah room mate aku gagah, tolong bunvhkan. Dia kata macam benda tak elok ni. Room mate aku ni suka dinner pastu study kat luar terus tau.
Ada 1 malam tu, roommate aku keluar macam biasa. Aku lepas maghrib, tidur jap. Bangun – bangun, tengok katil sebelah tu ade kawan aku. Tapi, EHH!! bukan ke minah ni keluar tadi, kata nak study luar. Dah lah baring kaku, tangan atas pusat, macam tengah solat.
Aku pun ape lagi. Tegur lah dia! Kot ada problem ke, kan. “Minah! (bukan nama sebenar) kau bukan keluar ke tadi? Awal nau balik!”. Pastu, dia boleh toleh pusing kepala dia je pandang aku, tenung aku je tak cakap ape – ape.
Kelip pun tak. Eh! Dia ni! Pastu aku cakap lah, “kau tak jadi keluar eh? Kau dah kenapa baring camtu, pandang aku camtu?”. Tapi dia buat dek je! cisss! Aku pun “takpe lah kalau kau senyap je. Aku ngantuk!” dia duk tenung je aku tapi aku malas layan.
Tiba-tiba aku terbangun sebab si kawan aku ni buka pintu bilik, nyanyi happy semacam. Aku mamai, duk tanya dia. “Eh minah! happy dah? Tadi kau baring senyap je. Ade problem ke? Kejapnye keluar”. Kawan aku blur, duk cakap, “aku baru baliklah ni! kau ni mengigau ni! Aku siap lambai – lambai lagi”.
Pastu, dah duk bertekak, bila rasa macam eh. eh. Hmmm, bayang jelah ye apa aku rasa. Aku memang jenis malas sikit nak dinner luar. Aku punya katil memang menghadap sliding door. Ada satu malam tu, aku study atas katil, guna meja study kecik tu.
Pastu aku rasa semacam. Aku dongaklah pandang depan. Ah sudah! Elok je kat depang sliding door tu, tengah duk tenung aku, satu lembaga ni, besar gak lah, dengan rambut mengurai, Cik Ponti. Aku dah nampak, aku buat bodoh.
Sebab terk3jut sangat. Tergamam. Dia pun duk tenung aku kat sliding door tu je. Ada dalam 10 langkah. Sebelah aku ada Quran. Sebab tu kot dia tak masuk. Aku duk baca macam-macam dah dalam hati. Benda ni jadi dalam beberapa kali.
Aku balik, cerita kat mak aku. Sebab macam- -macam jadi bulan tu. Rupanya, balik rumah, lagi aku tak tenteram. Aku ni, selalu boleh rasa kalau benda-benda gitu ada dekat. Rumah aku, ceiling tu kayu – kayu sikit. Bila pukul 9 malam, start lah aku tak tenteram.
Bila paling je family aku masuk bilik kejap, terus tiba-tiba ada bunyi macam ada benda lompat atas bumbung. Pastu bunyi cakar. Aku ni punya lah optimistic. Ape lah si kucing nak malam – malam. Tapi bunyi kuat. Lepas tu, ada bunyi macam benda melingkar.
Macam ular. Tapi bunyi melingkar tu kuat nau. Aku pelik lagi. Banyak nau binatang atas bumbung hmm. Tiba-tiba bunyi guli jatuh atas bumbung. Dah main guli, tiba-tiba macam ada orang hentak – hentak. Tiba-tiba lagi macam bunyi tapak kaki budak-budak duk main kejar-kejar.
Banyak betul tiba-tiba. Banyak bunyi. Bila family aku keluar dari bilik, senyap balik. cisss. Ada sekali tu aku dengan adik aku tengah tengok TV, sebelah TV, ada tingkap. Aku cakap kat adik aku. “Eh dik! Ada orang datang ke?”
Dia tanya siapa? “tu kat tingkap tu. badan macam tegap, tinggi. Duk tercongok je perhati kita.” Dia duk nafi tak nampak ape. Tapi memang sumpah, ada je. Banyak kali gak. Kat pintu lah, tingkap lah. Tapi aku str3ss sebab aku sorang je yang nampak.
Kadang-kadang, abang aku bawak kawan-kawan dia datang rumah. Kawan – kawan dia pulak yang jenis boleh nampak. Masing-masing cuak. “weh! rumah kau ni ada macam-macam.
Pergi berubat lah!””weh! ada benda atas bumbung kau!” “weh! ada Cik ponti atas bumbung rumah kau!” “weh! ada lembaga!”
Masa tu m4kin rancak. Aku keluar, kadang-kadang aku rasa benda tu ada ikut. Aku cakap kat kawan aku. “Weh. kau rasa kau berani tak? Ada benda ikut kita ni. Dia berdiri sebelah kau.” Haaa tak berani rupanya dia. Family aku pun kat rumah m4kin panas.
Ade je nak berbalah. Taktau punca pun. Pantang cakap, bertekak. Macam nak lari je. Macam pecah belah habis. Penat weh penat! Tak lama pastu, aku asyik s4kit – s4kit. Sampai ada sekali dalam lecture hall, s4kit perut sangat-sangat.
Pergi toilet, ber4k berd4rah. Fresh, banyak. S4kit ya amat! Masa puasa pulak tu. Dah berubat, refer doktor pakar macam-macam. Macam-macam dah procedure buat. Last – last taktahu punca. Cuba berubat cara Islam pulak, semua ustaz cakap, s4kit aku ni, sebab buatan orang.
Orang-orang tu hantar sebab nak family aku pecah belah, nak mak ayah aku bercerai, hidup susah. Tapi menda ni memang paling teruk akan kena, aku. Aku pulak anak perempuan tunggal. Mula-mula aku tak percaya. tapi lepas jumpa macam-macam doktor tak tahu punca, aku redha lah.
Ada satu hari tu, mak aku panggil plumber. Suruh betulkan paip dan dia nak panjat bumbung. Dia panjang masuk ikut ceiling tu. Lepas tu dia tanya mak aku, “kenapa akak letak batu nisan dengan kain kuning kat atas ni?”
Ahah. Seram kejap. Ustaz kata, ramai orang yang dengki. Ada orang hantar macam-macam kat family aku. Orang tu tak lain tak bukan, kawan papa tu. Memang macam-macam dia buat, sampai lah business papa lingkup, dia sapu semua.
Family aku jatuh tersungkur. Lagi susah dari dulu. Semua harta kena tarik. Semua kereta kena tarik sekelip mata. Aku hampir – hampir nak berhenti belajar sebab masa tu pun tak dapat MARA lagi. Sekarang ni, dah bertahun jugak kitorang mend3rita.
Ni, kitorang baru je nak rasa bernafas tenang. Hidup tenang. Tak senang pun macam dulu tapi hidup ala kadar. Boleh lah happy ending kan?! tettttt salah! Sekarang ni, dah berminggu jugak, aku dah start rasa lain macam. Aku rasa, aku perasan kat dalam rumah, ada menda yang follow aku.
Menda hitam tinggi sikit dari aku, duk diri belakang aku bila aku masak sorang- sorang. Bila pusing takde pun. Mimpi bukan-bukan pasal family aku. Adik aku pun mimpi pelik. Minggu lepas, mak aku takut sebab bahagain ari – ari dia rasa bergetar kuat. S4kit sangat.
Dah check semua takde pape pun. Bila google, ada orang kata, tanda-tanda nak m4ti. Aku ignore je sebab tak semua yang google tu sahih kan. Tapi, hari tu, dalam pukul 1 pagi, ada benda sebelah telinga kiri mak aku. Masuk ikut telinga.
Bedesuppp masuk! Pastu dia sejak akhir-akhir ni terbangun sebab dengar ada menda atas bumbung dan bunyi kucing cakar, kuat sangat! Aku pun tak tenteram gak, dah mula kena kacau. Semalam, pukul 9 malam, tepat, dah start dah. Bunyi kuat.
Melompat atas bumbung, cakar – cakar kuat gila. Macam dulu. Memang semalam, aku tidur bertemankan ayat-ayat Ruqyah, aku play kat youtube sampai subuh, letak sebelah telinga. Mama terus whatsapp tanya ustaz, ustaz reply pendek je. “tu sy4itan”.
Ustaz kata, ada orang hantar benda-benda lagi. T4rget kali ni, mama. Nak mama! orang tu, orang terdekat. Sebab tak nak kitorang hidup senang! Asthaghfirullah! Serious, family aku tak senang pun. Setakat mampu nak bayar hutang je sekarang ni.
Tunggu jelah malam ni, tepat pukul 9. Replay ayat-ayat Ruqyah aje lah.
Persoalannnya, yang aniaaya family aku ni, orang terdekat dengan mak ayah aku. Dorang tu
jauh lagi senang dari family aku. Kereta harga ratus ribu boleh tukar-tukar. Banyak pulak tu.
Tolonglah doakan keselamatan family aku. Aku nak keluarga aku bebas dari mainan dengki manusia dan s¹hir. Aku masih perlukan family aku! Aku tak punya harta. Family aku jelah harta yang aku ada. – nora