[VIDEO] Lamborghini milik Syamsul Yusof berasap, wargamaya pantas jawab karma
![[VIDEO] Lamborghini milik Syamsul Yusof berasap, wargamaya pantas jawab karma [VIDEO] Lamborghini milik Syamsul Yusof berasap, wargamaya pantas jawab karma](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/06/20230612_113730.jpg)
Belumpun reda kisah rumahtangga yang dihadapi pelakon,pengarah dan penerbit filem, Syamsul Yusof, dia sekali lagi diuji apabila kereta mewah miliknya dikhabarkan mengalami kerosakan.
Berdasarkan klip video yang tular di sosial media, kereta Lamborghini milik suami kepada Puteri Sarah dan Ira Kazar itu sedang berasap dan dipercayai mengalami kebakaran kecil.
Menerusi video yang dimuat naik laman FB Sukan Star Tv, – sstv.my, kereta berwarna emas (gold) itu dilihat secara tiba-tiba mengeluarkan asap yang tebal sebelum Syamsul bertindak berhenti di tengah-tengah jalan.
.
Kejadian difahamkan berlaku di sekitar kawasan ibu kota di Kuala Lumpur, pada Ahad malam.
Menerusi video tersebut juga, pengarah filem Mat Kilau itu kekal tenang keluar daripada keretanya itu sambil mencuba memeriksa keadaan sekeliling dengan sepuntung rokok di mulut.
Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tersebut berlaku masih tidak dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersyukur melihat keadaan bapa kepada dua cahaya mata itu selamat serta tiada berlaku sebarang kecelakaan.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan insiden tersebut sebagai ‘kurma’ yang merujuk kepada perkataan karma ke atas dirinya.