[VIDEO] Pegawai Najib londeh habis perangai Azmin dan Zuraida
Semenjak kekalahan BN dalam PRU-14 pada tahun 2018, saya telah dijemput untuk memberikan sesi penerangan di akar umbi.
Setakat ini saya telah turun padang ke lebih 10 daripada 22 bahagian UMNO di Selangor, dan saya akan teruskan lagi sesi perjumpaan kita di akar umbi.
Setiap kali saya tanya akar umbi UMNO berkenaan kerjasama dengan PPBM, jawapannya adalah sama di semua tempat, iaitu tidak sekali-kali.
Petang tadi saya dijemput ke kawasan yang ADUN nya adalah Azmin dan Ahli Parlimennya adalah Zuraida.
Apabila saya tanya mereka, “Adakah tuan-tuan/puan-puan ok atau tidak jika kita bekerjasama dengan Bersatu (PPBM)?”.
Mereka jawab, “Tak boleh”, “Sorrylah”, dan “Penikam belakang..”.
Berikut adalah petikan perbualan saya dengan akar umbi.
Sumber – FB