[Video] ‘Pocong’ dibelasah beramai-ramai sebelum dibawa ke balai polis

[Video] ‘Pocong’ dibelasah beramai-ramai sebelum dibawa ke balai polis

 

Video ‘hantu pocong’ berdiri di tepi jalan, ditendang dan dibelasah penduduk setempat, tular di media sosial.

Lapor Kompas, kejadian itu berlaku di Demak, Jawa Tengah, Indonesia di mana seorang lelaki menyamar menjadi pocong dan berdiri di tepi jalan untuk menakutkan penduduk yang menggunakan jalan tersebut.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampiri lalu menendang serta memukul pocong itu sehingga jatuh tersungkur.

Dalam klip video lain pula menunjukkan, pocong terbabit berulang kali memohon maaf di atas perbuatannya sebelum diheret ke balai polis berdekatan.

“Pocong itu telah diajar dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Tidak diketahui apa niat budak itu berdiri di tepi jalan dengan pakaian pocong,” katanya.

Turut ditahan, rakan kepada remaja berkenaan yang disyaki bersubahat untuk melakukan perbuatan tidak berfaedah itu. Kedua-dua mereka berusia 15 tahun dan bersekolah di tempat yang sama.

Polis turut merampas pakaian pocong yang dipakai dan meminta kedua-dua remaja itu menulis surat jaminan bahawa mereka tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi. Ibu bapa mereka turut dipanggil untuk tindakan lanjut.