“Video tayang jubo hari-hari, tapi berlakon satu apah award pun takde” – Puteri Balqis sindir siapa?
Baru-baru ini, pelakon remaja, Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap sikap menjengkelkan seorang artis tanpa menyebut nama yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap dirinya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 16 tahun di IG storynya, dia memberitahu artis tersebut telah bertindak memerli individu yang lain termasuklah dirinya tanpa sebarang sebab di media sosial.
Bukan itu sahaja, Puteri Balqis turut mendedahkan artis tersebut sering membuat konten menunjukkan bahagian tubuhnya pada setiap hari kepada umum malah, tidak pernah memenangi sebarang anugerah sepanjang terlibat dalam dunia hiburan.
“Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi cringe kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli dalam video kau.
“Dengan aku yang tak bersalah ni pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau. Video tayang jubo hari-hari, tapi berlakon satu apah award pun tak ada,” katanya.
Disebabkan itu, dia berharap agar tidak bekerjasama dengan artis tersebut dalam satu set penggambaran yang sama kerana enggan untuk melihat tingkah lakunya yang dipercayai sudah mempunyai teman lelaki walaupun masih dibawah umur.
Susulan itu, Puteri Balqis memberi amaran supaya tidak mengaitkan dirinya dalam sebarang video artis tersebut demi menjaga kesihatan mentalnya.
“Tolong lah jangan bagi aku satu set dengan dia flip hair 20 kali seminit. Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah itu. Adoi jangan babitkan aku, ubat depres aku nak dekat habis ni,” ujarnya.