Walaupun masih trauma, suami maafkan isteri yang potong zakarnya

Walaupun masih trauma, suami maafkan isteri yang potong zakarnya

 

Biarpun menjadi mangsa cacat seumur hidup apabila alat kelamin dipotong oleh isterinya sendiri, seorang lelaki bukan sahaja memaafkan isterinya itu, malah mahu berbaik semula dengan pasangannya itu.

Kompas melaporkan, sebelum ini lelaki berkenaan yang dinamakan IPN, 20, mahu menceraikan isterinya dikenali YC, 34, selepas kejadian tragis yang berlaku di sebuah hotel di kawasan Jebres, Kota Solo, Jawa Tengah itu.

Pada kejadian berkenaan, YC bertindak memotong kemaluan suaminya kerana tidak mahu diceraikan.

Namun, mangsa kini sanggup berbaik semula dengan wanita berkenaan.

Walaupun mengakui trauma, IPN meminta hakim supaya membebaskan YC daripada pertuduhan jenayah.

Menurut TribunSolo, IPN sudah mengemukakan permohonan itu kepada pendakwa raya, Rahayu Nur Raharsi.

“Baru sahaja Sabtu lalu, mangsa menghubungi saya dan dia terfikir semula. Apa yang penting sekarang ini dia yang paling tahu apa yang dia perlukan.

“IPN mendakwa dia masih memerlukan rawatan dan tidak mempunyai keluarga. Antara kata-kata IPN dalam permintaannya yang dibacakan di mahkamah ialah: ‘Mak, saya masih perlukan rawatan. Tahun depan saya masih perlukan orang untuk menjaga saya. Saya juga sudah tidak ada keluarga di sini, di mana lagi saya harus tinggal’,” kata Rahayu.

IPN diminta menulis permintaannya dan membacanya di mahkamah.

“Tidak ada yang mengajar, tidak ada yang memaksa, tidak ada yang mempengaruhi. Murni dari hatinya sendiri,” tambah Rahayu.

Selepas membaca nota permintaan itu, mangsa didatangi defendan iaitu isterinya.

YC ternyata tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata selepas mendengar kata-kata suaminya itu.