Wanita ini kongsi 5 sebab kenapa tak perlu tunjuk rajin kalau tuan rumah tak suruh basuh pinggan
Apabila berkunjung ke rumah sanak-saudara, pastinya kita akan terlebih rajin untuk mengurang beban tuan rumah dengan membasuh pinggan.
Namun wanita ini kongsi mengapa kita sebagai tetamu perlu mendengar cakap tuan rumah.
Pengguna Twitter, Mimi Aswara (@wvgif) maklum lima sebab kenapa anda kena dengar cakap tuan rumah bila dia kata ‘Eh tak payah susah-susah, biar je kat situ’.
1- Dapur tempat tersorok
Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.
2- Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda
Biasalah bila dah siap masak pastinya ada periuk yang tak sempat dibasuh maka dapur tempat untuk sembunyikan segala kekurangan.
3- Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan
Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.
4- Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga
Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.
5- Tak, sekarang ni siapa tuan rumah?
Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?
Kita ni kadangkala tak sedar, niat kita mungkin tidak mahu menyusahkan tuan rumah namun dalam tidak segar kita menyebabkan tuan rumah rasa segan.
Tuan rumah mungkin baru siap masak dan tak sempat lagi nak basuh periuk yang digunakan
Pastinya kita juga akan risau dan keliru sama ada nak tolong basuhkan sekali semua pinggan yang ada di dapur juga atau tidak.
Jadi bila pergi berkunjung ke rumah orang, andai kata tuan rumah kata tinggal je pinggan, maka tinggalah pinggan anda.
Jangan buat rajin kalau kat rumah mak juga yang basuh pinggan.