Wanita ini kongsi resepi acar jelatah tanpa guna cuka, sedap dimakan dengan nasi minyak dan ayam masak merah

Wanita ini kongsi resepi acar jelatah tanpa guna cuka, sedap dimakan dengan nasi minyak dan ayam masak merah

 

Acar jelatah, hidangan sampingan yang selalu dimasukkan dalam set nasi minyak, nasi tomato dan digandingkan pula dengan ayam masak merah.

Kalau tak ada hidangan ini, rasanya tidak lengkap set makanan itu.

Walau bagaimanapun, cara membuatnya tidaklah renyeh dan hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, salah satu bahan utama sudah tentulah timun dan nenas.

Malah untuk menaikan rasanya,letakkan hirisan bawang merah, garam gula dan cuka.

Namun, bagi yang tak suka dengan bau cuka, masih boleh membuat acar jelatah ini tanpa menggunanya. Perkongsian resipi daripada Ameera ini adalah tidak menggunakan cuka.

Menariknya, cara nak buat hanya 5 minit sahaja. Sedap pun sedap.

Resipi Acar Jelatah

“Ini adalah resipi jelatah tanpa menggunakan cuka. Memang mudah dan sedap. 5 minit sahaja dah siap dan boleh nikmati dengan set hidangan nasi minyak atau nasi tomato.

Cara Membuat:

Potongan timun ikut suka cara masing masing. Nak petak, belah tengah, bujur sirih mahu pun bulat.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Potong nenas mengikut cara kesukaan masing-masing juga.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Hiris bawang nipis-nipis.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Campurkan semua bahan tadi.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Masukkan semuanya sekali.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Letakkan bahan yang diperlukan.

Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Mudah Dan Sedap, 5 Minit Siap

Gaul semua bahan yang telah disatukan tadi. Boleh saja, gunakan tangan atau sudu.

No photo description available.

Sudah siap. Senangkan. Terus makan dengan nasi minyak.

No photo description available.

Tip:

Jangan tambah air di dalam acar kerana dengan perlahan air dari buah nenas dan timun akan keluar sendiri.

Sesetengah orang ada yang suka meletakkan kacang tanah dan untuk rasa lebih pedas boleh letakka hirisan cili padi.

Selamat mencuba.