Wanita ini kongsi sebab utama mengapa kurma perlu dibasuh dulu sebelum makan walaupun dalam kondisi yang elok
Setiap buah-buahan atau barang makanan yang dibeli perlu dibasuh terlebih dahulu tanpa mengira luarannya yang kelihatan elok dan boleh dimakan terus.
Ini kerana ada sesetengah buah yang tidak boleh dibasuh sebersihnya kerana bimbang akan mengurangkan jangka hayat untuk kekal segar apabila pelanggan membeli.
Seorang pengguna Facebook, Niena Samsir berkongsi sebab utama mengapa makanan sunnah, kurma perlu dibasuh walaupuan dalam kondisi yang elok.
Niena atau lebih mesra dengan panggilan ‘ummi’ berkata, kadangkala pada kulit kurma itu masih tersisa pasir-pasir atau ada lagi kesan pasir.
Kadang kala kurma terlihat bersih kerana penjual sudah terlebih dahulu lapnya dengan kain basuh dan bukan cara basuhan sebenar.
“Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?),” tanya wanita itu.
“Tak kisahlah anda beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
“Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma,” ujarnya.
Malah pihak pembekal turut menyarankan pembeli untuk membasuh sebelum makan kerana bimbang kurma akan rosak jika dibasuh pihak mereka.
“Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan.
“Tak akan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, penjual tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
“Ini ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ini, jangan ambil mudah tahu,” nasihatnya.
Tips bersihkan kurma
- Rendam dulu dalam air garam dalam 5 hingga 10 minit.
- Lepas itu, bilas dengan air bersih dan kemudian tapis.
- Kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi ‘juicy’ semula.
- Tetapi, kalau nak cepat, tak perlu jemur. Tapis sahaja lepas itu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, InshaAllah tahan lama.
Lepas ini bolehlah cuba tips basuh kurma dengan cara yang betul, mungkin boleh tahan lebih lama lagi.