Wanita meracau mimpi dikejar sesuatu selepas kutip bunga kemboja di Makam Mahsuri

Wanita meracau mimpi dikejar sesuatu selepas kutip bunga kemboja di Makam Mahsuri

 

Apabila melancong ke Langkawi, rata-rata pelancong pasti akan singgah sekejap di Makam Mahsuri sekali gus mengenang sejarah dan kisah lagenda lama yang popular diceritakan suatu ketika dahulu.

Suasana di sana memang cukup menenangkan jiwa, tambahan pula ia dikeliling sawah padi menghijau kampung seberang.

Hari raya keempat bawa anak-anak melawat Makam Mahsuri…Takde aura seram ke, meremang

Akan tetapi bagi wanita bernama Puan Sarini Rahim, dia berdepan kejadian aneh selepas bertindak mengutip bunga di lokasi pelancongan popular terbabit.

Katanya, pokok bunga tersebut betul-betul berada di sebelah pintu gerbang Rumah Kedah.

Meskipun suasana di sana amat terjaga kebersihannya, matanya tiba-tiba terpanah kepada sekuntum kemboja putih di atas tanah.

Baunya amatlah harum, Puan Sarini kemudiannya menyelitkan bunga tersebut di celahan tudung.

Manis sungguh wajahnya yang persis wanita Melayu terakhir apabila dihiasi kemboja berkenaan.

Nampak macam vibes Melayu klasik konon…Memang lama aku pakai bunga tu

Sepanjang bersiar-siar di Kampung Kedah, bunga kemboja tersebut masih terselit elok seolah-olah amat ‘serasi’ dengan Puan Sarini.

Namun sebelum pergi dari situ, dia telah meletakkan semula kuntuman bunga putih berkenaan di Makam Mahsuri.

Mungkin ada yang tak suka aku kutip bunga tu

Hinggalah pada malam hari, dia telah meracau teruk sewaktu tidur sehingga menggusarkan anak-anaknya.

Malahan dalam mimpi itu, Puan Sarini berlari ketakutan kerana dikejar sesuatu.

Mungkin ada yang kurang senang dia mengambil kemboja tersebut, justeru dia menjadi insiden ini sebagai satu pengajaran agar tidak sesuka hati mengutip sana sini.