Wanita Singapura berbaju nanas semasa mengundi diarah pulang

Wanita Singapura berbaju nanas semasa mengundi diarah pulang

 

Seorang wanita yang hadir ke pusat mengundi di Singapura dengan memakai t-shirt cetakan buah nanas diarahkan untuk pulang, lapor Mothership.

Gambar wanita yang berpakaian t-shirt cetakan buah nanas itu telah dikongsikan oleh Xiaohongshu pada semalam.

Semalam bersamaan 1 September merupakan hari pengundian rakyat Singapura bagi memilih presiden mereka yang seterusnya.

Pengguna Xiaohongshu yang menyiarkan siaran itu menulis dalam bahasa Cina: “Awal pagi, makcik terpaksa pulang ke rumah menukar pakaiannya.”

Menurut laporan Lianhe Zaobao yang memunggah gambar itu, wanita berkenaan dipercayai telah diminta untuk pulang oleh ejen pengundian dan kembali semula dengan pakaian lain.

Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD), pada Khamis bersamaan 31 Ogos lalu ditetapkan sebagai “Cooling-off Day”.

Peraturan khas akan terpakai dari “Cooling-off Day” hingga penutupan pengundian pada 8 malam pada hari mengundi.

Aktiviti yang dilarang termasuk pengundi memakai, menggunakan, membawa atau mempamerkan simbol atau propaganda kempen yang digunakan oleh calon.

Walau bagaiamanapun, peraturan itu diberikan pengecualian kepada calon yang bertanding.

Calon yang bertanding dibenarkan memakai replika simbol yang diperuntukkan kepada mereka pada dua hari tersebut.

Tak Guna Kertas, Ini Cara Warga Gambia Undi Guna Guli Semasa Pilihan Raya

Pernah terfikir tak pilihan raya yang sebelum ini dijalankan dengan cara menandakan calon di kertas dengan pen, dilakukan menggunakan guli?

Walaupun dilihat pelik namun sistem pengundian unik itu telah dilakukan di Gambia, negara terkecil di benua Afrika.

Ya betul, sehingga kini sistem tersebut masih diguna pakai pada pilihan raya yang diadakan, mengingatkan pengundi kepada permainan zaman kanak-kanak.

Jadi sebenarnya bagaimana sistem ini berfungsi dan apakah cara yang digunakan untuk menentukan calon yang tersenarai meraih undian terbanyak?

Untuk pengetahuan, negara tersebut telah diperkenalkan dengan sistem pengundian unik berkenaan pada awal 1960-an untuk menangani tahap buta huruf yang tinggi di negara itu.

Sistem ini berdasarkan penggunaan token atau guli jernih yang dilemparkan dalam satu bekas buatan besi yang dijadikan sebagai peti undi.

Setiap calon atau parti memiliki satu peti besi undi yang diwarnakan mengikut warna simbol parti selain gambar mereka turut dilekatkan di peti itu.