Yakin dakwa rempah ada ‘pork’, netizen sekolahkan wanita tak faham Inggeris

Yakin dakwa rempah ada ‘pork’, netizen sekolahkan wanita tak faham Inggeris

 

Jika kita membuka WhatsApp group, pasti akan ada mereka yang suka berkongsi video-video mendakwa sesetengah makanan yang ada di pasaran mempunyai kandungan tidak halal.

Ada juga yang jenis suka menularkan sesuatu yang tidak tepat dan membuatkan mereka yang tidak berfikir panjang terus mengatakan hal tersebut benar.

Tuduh ada kandungan babi

Perkara itu samalah seperti perkongsian yang viral di Twitter apabila ada pihak memuat naik semula video seorang wanita mengatakan ada kandungan babi dalam rempah yang dijual di pasaran.

Baca betul2 boleh tak?

Sebenarnya, menerusi rujukan di botol rempah tersebut, ia menjelaskan kegunaannya yang boleh dipakai untuk memasak pelbagai jenis daging termasuklah daging babi dan bukanlah mempunyai kandungan haiwan tersebut.

Ia membuatkan netizen geli hati kerana wanita terbabit dengan yakin mengatakan rempah tersebut tidak halal hanya disebabkan salah menterjemah ayat yang digunakan di keterangan untuk rempah tersebut.

Pegang telefon tu tolongla jadi bijak

Rata-rata mengatakan yang tindakan tersebut seakan memakan diri apabila dikecam dan ditertawakan hanya kerana tahap ‘confident’ terlebih tinggi sehingga salah memberikan maklumat.

Mana tidaknya, menerusi kenyataan di botol rempah-rempah berkenaan, dengan jelas menunjukkan ia adalah ‘untuk kegunaan’ bukannya ‘isi kandungan’ yang ada di dalam rempah terbabit.

Boleh datangkan salah faham

Cantik kalau tak bijak ni payah tau

Dah delete TikTok

 

Mesti masa rekod bangga gila

Lain kali baca betul2