Yusof Haslam asyik ulang nama Syamsul masa bawa staf lawat banglo mewahnya

Yusof Haslam asyik ulang nama Syamsul masa bawa staf lawat banglo mewahnya

 

Satu rakaman memaparkan kemewahan rumah banglo milik penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam tular di media sosial baru-baru ini.

Menyita perhatian, banglo enam tingkat yang tersergam indah di atas bukit itu rupanya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Seakan mini zoo, Yusof Haslam turut membawa pekerjanya melawat kawasan kandang kambing, reban itik, angsa dan juga ayam.

Menurut Yusof, rumah itu juga pernah menjadi lokasi pengambaran filem dan drama terbitannya iaitu Sembilu dan Gerak Khas.

Perkara itu dikongsikan Yusof ketika menjejaki gelanggang badminton yang turut berada di dalam kawasan rumahnya.

Sudah menjadi sejarah, gelanggang itu juga pernah menjadi tempat Yusof meluangkan masa bersama anaknya, Syamsul.

Mengimbau kenangan lalu, dua beranak itu sering beriadah dan bermain badminton bersama ketika Syamsul masih ‘muda’.

Sepanjang video dirakamkan, nama Syamsul juga sering disebut dan tidak pernah lekang dari mulut lelaki yang sudah berusia itu.

@skoptiktok

Vlog Di Rumah Datuk Yusof Haslam #fyp #vlog #skoptiktok #skopproductions

♬ Membayang Terbayang – Angsakarta

Dimuat turun di akaun TikTok milik Skop Production, ramai penonton yang perasan dan mengakui terharu dengan tingkah Yusuf Haslam itu.

“Banyak kali disebut nama Syamsul dan tunjuk tempat kenangan Datuk dan Syamsul. Ayah yang penyayang,” kongsi seorang pengguna.

“Kalau perasan Datuk asyik sebut nama Syamsul je.” Komen pengguna lain yang turut berkongsi pendapat yang sama.