Zahid anggap MOU dibuat Ismail dengan pembangkang akan hancurkan UMNO

Zahid anggap MOU dibuat Ismail dengan pembangkang akan hancurkan UMNO

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa seteru parti mempunyai muslihat untuk membunuh Umno dengan bersetuju menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Bercakap di hadapan 2,666 perwakilan dari seluruh negara, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata setiap ahli Umno perlu sedar bahawa pihak lawan tidak pernah berhenti untuk menghancurkan parti Melayu itu.

“Kita seharusnya sedar bahawa lawan-lawan kita itu tidak pernah berhenti daripada berusaha untuk menghancurkan kita.

“Apabila mereka bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman, ia bererti mereka ada muslihat tertentu,” katanya dalam ucapan dasar Presiden Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), seperti dilaporkan portal FMT.

“Saya percaya, mereka menerima kita, kerana mereka tahu itulah cara mereka boleh membunuh kita.