10 tahun bercinta, Raysha Rizrose sah bergelar isteri pelumba F3 Nabil Jeffri

10 tahun bercinta, Raysha Rizrose sah bergelar isteri pelumba F3 Nabil Jeffri

 

Pelakon jelita, Raysha Rizrose, 27,  selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba Formula 3, Nabil Jeffri, 29, dengan sekali lafaz, kira-kira 8.52 malam tadi di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Memetik laporan Media Hiburan, pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

Raysha syukur segala perancangan dipermudahkan…

Cantik menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias oleh Syed Faizal Syed Noh, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini meluahkan kesyukuran kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.

“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.
“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.
“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,”ujarnya.

Kisah cinta berputik dari Twitter

Cerita Raysha atau mesra disapa Dada, dia dan suami berkenalan pada tahun 2013 di laman Twitter sewaktu masih menuntut di sekolah menengah.

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.
“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,”katanya.

Nabil lamar sejak Ogos lalu

Dalam pada itu, Dewi Remaja 2014/2015 turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.

“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,”ceritanya.

Terdahulu, Raysha dan Nabil melangsungkan pertunangan pada 22 Disember secara tertutup tetapi baru sahaja berkongsi kepada umum pada 14 Februari lalu.