12 tahun abang ‘pergi’, Hidayah jaga baik anak kakak ipar & bawa makan angin

12 tahun abang ‘pergi’, Hidayah jaga baik anak kakak ipar & bawa makan angin

Kemelut antara hubungan pelawak Ali Puteh dengan kakak iparnya,  Siti Norhidayah Mohd Ali masih belum menemui titik noktah.

Mana tidaknya, timbul satu lagi dakwaan mengatakan dia kini menerima notis daripada pihak mahkamah berhubung perintah sita kediaman arwah ibunya, Sabariah Arshad yang terletak di Gombak, Selangor.

@melodiberapi

Nampaknya pertelingkahan antara Ali Puteh dan Norhidayah semakin berpanjangan.. #meloditv3 #fypシ゚viral #ceritaartismalaysia #aliputeh #norhidayah

♬ original sound – Melodi – Melodi

Dan, kemelut yang berlaku ini boleh dikatakan harta bakal memusnahkan hubungan kekeluargaan. Namun, tidak semua bakal terputus sekiranya tiada pertikaian berlaku selain keadilan dalam pengurusan harta pusaka.

12 tahun abang ‘pergi’, Hidayah bawa anak2 kakak ipar makan angin

Terbaharu, perkongsian daripada isteri kepada balu Allahyarham Abam Bocey di aplikasi TikTok miliknya menyangkal persepsi negatif mengenai hubungan ‘keruh’ dengan keluarga ipar selepas pemergian ahli keluarga.

Menerusi hantaran dikongsikan, Hidayah membawa anak-anak kepada abangnya yang sudah 12 tahun pulang ke negeri abadi berserta kakak iparnya pergi makan angin di Padang Besar, Perlis.

Hidayah berkata, meskipun abangnya sudah lama pergi, namun hubungan mereka bersama keluarga kakak ipar tetap terjalin utuh sehingga ke hari ini.

“Bersama anak-anak arwah abangku.
“Kenangan bersama kakak iparku. Alhamdulillah, dikelilingi orang yang sangat baik walaupun arwah abangku tiada, tetap menjadi keluarga sampai bila-bila,”tulisnya.
@hidayah_hamzah

Kenangan Bersama Keluarga Kakak iparku Alhamdulliah dikelilingi orang yang sangat2 baik Walupun arwah abgku Tiada tetap menjadi satu keluarga smpai bila2 ❤️#keluargamertuaabang #happyfamily #alfatihaharwahabangku #loveyoukakakiparku #sayanganak2buahku

♬ Somewhere Only We Know – Gustixa

Katanya lagi, mereka sekeluarga sangat menjaga baik amanah untuk mengasihi anak-anak yatim.

Patutlah Dayah kuat….

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira dengan hubungan baik ditunjukkan oleh Hidayah terhadap keluarga kakak iparnya.