13 tips rumahtangga bahagia sekiranya dijodohkan dengan pasangan yang lebih cerdik daripada anda

13 tips rumahtangga bahagia sekiranya dijodohkan dengan pasangan yang lebih cerdik daripada anda

13 TIPS BAHAGIA RUMAHTANGGA DENGAN ISTERI LAGI PANDAI

Ini isteri pakcik. Tinggi seinci lebih dari Pakcik. Beliau dilarang pakai heel atas sebab yang kau tahulah kenapa. Pakcik kenal dia dari masa Pakcik melawat Cambridge, masa itu Pakcik nak masuk kolej-kolej klasik di sana secara free, maka Pakcik pergunakan beliau dan pass pelajarnya untuk masuk percuma. Ketika itu, beliau masih menghabiskan doctorate di Cambridge dan Pakcik pula sedang berniaga di UK.

Hampir sahaja genap 18 tahun kami kenal. Ini cerita di antara orang yang cerdik banyak A dan Pakcik yang lebih berwarna warni result SPMnya. Pada Pakcik, result kalau semua A1 itu monotonous. Pakcik punya result ada lebih banyak angka yang pelbagai. Itukan lebih organik dan tidak terlalu geometrik.

Tapi tak lah teruk sangat, subjek paling teruk Pakcik dapat pun cuma Chemistry dapat C3. Yang lain tu A1 atau A2. Malas nak cerita Add Math sebab dapat C3 juga.

Apapun, dah 18 tahun dari kenal sehingga kini masih loving each other, maka dengan itu Pakcik berhak memberi tips kesejahteraan rumahtangga bagi yang nak baca. Jangan risau, kali ni pendek-pendek sahaja tips pakcik bagi.

1. Untuk sukses hidup, pilih isteri yang yang terima kita seadanya kita bukan apa adanya kita. Masa kenal Macik kau ni, Pakcik baru bermula nak berniaga.

Datang Cambridge pun Pakcik bawa bekal nasi goreng kosong sebab kalau duduk sahaja di kedai, automatik 15 Pound Sterling seorang kopak.

Takkan nak bayar sendiri-sendiri, kemaluan lah nanti. Pakcik tak malu pun nak tunjuk lifestyle Pakcik yang sangat sederhana dan berjimat cermat. Impresi pertama Makcik kau terhadap Pakcik ni ialah “bajetnya dia”.

Tapi Pakcik masak bekal lebih, pakcik pelawa juga. Cuma dia yang taknak. Sebab tak ada pinggan lain, makan dalam tupperware pinjam sahaja.

2. Bila isteri dah terima seadanya dalam keadaan kita sedang struggle, bermakna dia sudah siap untuk struggle bersama.

Sekalipun selepas Pakcik menempa nama, ramai gadis-gadis mendambakan Pakcik menjadi imam mereka, namun pakcik ingat orang yang sama-sama dengan Pakcik dari pakcik belum ada apa-apa lagi itu lebih lestari.

3. Kalau dah berniaga dan kelihatan baru nak up, mampu lah beli seekor BMW, memang gadis mudah terpikat. Tapi sudah susah sedikit nak filter, adakah kerana awak tu berkarakter imam yang dicari ataupun kerana awak tu menjamin masa depan secara financial.

Jangan tayang kemewahan bagi memancing jodoh, anda akan dapat gadis-gadis yang rupawan namun tidak ada endurance dalam perhubungan. Susah sikit sahaja nanti, ke mahkamah syariahlah jadinya.

4. Law besar dalam rumahtangga kami ialah “Pantang Mengungkit”. Kita bagi makan minum dan tempat tinggal isteri itu tanggungjawab kita. Tak perlu nak ungkit “Beras I yang beli”. No no no…zaman sekarang, kau cakap begitu, perempuan dah mampu beli beras sendiri ok.

Begitu juga kalau isteri berpendapatan lebih tinggi dari suami, jika nak bantu rumahtangga, pantang sekalipun kau ungkit yang kau lebih. Itu pantang lelaki, tercabar kelelakiannya kalau kau ungkit. Sekali ungkit, selama-lamanya lelaki sejati akan terasa sekalipun dah minta maaf tujuh belas kali. Better jangan buat. Tak perlu lah nak claim “Rumah pun I bantu bayar”. Yang forgo tu lelaki tak berapa sejati lah tu.

5. Perkahwinan itu satu JOINT-ACCOUNT. Kadang saya tak faham rumahtangga muda mudi ni, jenis yang duit I duit I, duit you duit you. Joint account bukan semestinya buka akaun semasa bank bersama-sama.

Perkahwinan ialah perkongsian untuk kebahagian KELUARGA bukannya peribadi. Tahu lah isteri bergaji T20, tiba-tiba balik rumah bawa Termomix tak tanya sepatah pun dengan suami. Minta izin dahulu, syurga isteri apabila suami redho.

Jangan fikir “ini duit aku, suka hati aku lah” tapi sibuk canang pada kawan-kawan “Inilah imam I dunia akhiratku”. Sekalipun berbelanja itu untuk keluarga juga, tapi kenali autoriti suami dalam membuat pemutusan kata sekalipun kalau suami izinkan, beli pakai duit sendiri juga.

Suami pula, sekalipun tak perlu minta izin isteri nak beli apa, tapi ingatlah kalau terlalu layankan “minat sendiri” sampai rumahtangga terabai, isteri yang sabariah pun akan mudah bertukar ganas. Balik-balik tahu-tahu ada basikal Bianchi Oltre XR4 Roadbike tidur dalam bilik. Wajarlah isteri tak puas hati.

6. Jujur dan jangan sekali-kali menipu. Kepercayaan suami beri pada isteri dan isteri pada suami adalah 100% pada permulaan hubungan. Sekali hilang kepercayaan, tak mungkin akan dapat semula 100%. Sekalipun dapat 99% kepercayaan, hidup akan miserable dengan 1% yang sangsi tu.

7. Isteri dan suami jangan buka ruang fitnah. Fitnah ni kalau namanya fitnah bermakna bukan betul pun. Tapi ruang fitnah terbuka apabila ada “prasangka”.

Contoh, suami baru outstation 2 jam, buat pusingan U untuk ambil laptop tertinggal, dan dan tu lah laki jiran sebelah dah datang tolong betulkan paip bocor. Kau boleh jelaskan rasional dan suami akan berbaik sangka, namun sedikit prasangka yang tinggal 1% tu pun akan buat hidup tak bahagia sampai bila-bila. Jangan mula. Suami jangan mula, isteri jangan mula.

8. Untuk kenikmatan rumahtangga, fitrah fizikpun menetapkan lelaki perlu keras dan wanita perlu lembut. Jika dua-dua lembut, isteri tak puas. Kalau dua-dua keras, macam mana nak masuk?

Jangan fikir ini subjek Sains Bab 1 Tingkatan 3. Ini cerita tentang prinsip juga sama. Isteri suka lelaki yang lembik “I ikut you lah yang” hanya seminggu dua kahwin.

Tapi kalau dah 5 tahun kahwin, suami tak pernah nak buat keputusan semuanya “ikut you lah yang”, tak lama lah tu rumahtangga. Isteri perlukan suami yang mampu buat keputusan, bukan suami yang tiada autoriti. Itulah suami yang firm, padu, keras disukai isteri sendiri.

9. Memang zaman sekarang, perempuan belum bernikah dah bersiap “jika” bercerai. Siap saving rahsia, rumah atas nama sendiri, laluan kerjaya dan macam-macam lagi sehingga tidak merasakan kebergantungan kepada suami.

Tak salah perempuan buat begitu kerana dah lazim sangat isteri jadi mangsa dan akhirnya melarat bawa diri bila suami menghilang. Tak salah mereka buat persiapan namun jika niatnya sampai buat hilang rasa kebergantungan kepada suami, itu tanda rumahtangga sangat rapuh.

Dengan asbab yang mudah, rumahtangga boleh terbubar. Kerana isteri tiada kebergantungan kepada suami.

10. Ini tips paling ampuh, confirm. Rendahkan ego untuk sentiasa mengaku silap tak kira suami ataupun isteri. Suami dan isteri yang baik adalah yang mudah mengakui kesilapan dan bertanggungjawab membuat islah (pembaikan).

11. Rumahtangga ialah komitmen mutual. Balik pada akad asal. Suami imam, isteri dan anak makmumnya. Ramai pandai buat yang ini tapi maqasidnya mereka lupa.

Imam tentukan nak baca surah apa, makmum ikut sahaja pun dah sah. Tak perlu protes apa yang imam baca. Imam rukuk kita ikut rukuk, imam sujud kita ikut sujud.

Dalam kehidupan juga sama, banyakkan mengikut imam dari buat hal sendiri-sendiri untuk lebih bahagia. Namun imam juga boleh ditegur sekiranya tersilap bacaan atau keluar dari fekahnya.

Sama dalam kehidupan, selagi suami tidak terkeluar dari landasan agama, support dia.

12. Tiada BFF selain pasangan kita. Tiada soul mate selain pasangan kita. Masalah dengan suami, cerita dengan suami untuk sama-sama cari penyelesaian.

Gagal dapat penyelesaian, terus rujuk dengan wali nikah. Wali nikah ni bukan hanya masa nak nikah sahaja, tetapi wali itu sepanjang hayat pernikahan itu. Wali itu yang biasanya orang tua kita, itu rujukan sekiranya perbincangan suami isteri temui kebuntuan.

Wali jangan pulak siram minyak, orang ngadu kat wali terus jer wali melenting “Jom Abah bawak kau ke mahkamah syariah”. Sepatutnya jadi jaksa pendamai bukan tambah kuah.

13. Sentiasa jadikan zikir bahawa isteri kita yang terbaik, suami kita yang terbaik. Orang laki satu hal, once dah kahwin sahaja, Nyonya sayur pun nampak lebih cantik dari isteri.

Sebelum kahwin, isteri dia lah lebih cantik dari mana-manapun nyonya sayur sedunia. Lihat lah kepada pengorbanan masing-masing dan hargainya, itulah botox paling berkesan.

Sekalipun muka dah macam nyonya, tetap princess di mata suami. Kenapa banyak sangat mention nyonya ni?

Banyak lagi tips nak beri. Yang ini pun hajatnya nak tulis pendek sahaja tapi tiba-tiba jadi panjang juga.

Kalau Pakcik tulis lagi, nanti akan ada orang suruh lukis. Lagipun, pakcik tulis panjang-panjang pun bukan kaurang baca pun.

Kalau baca, cuba tunjuk bukti kau baca sampai perenggan ni.

Terima kasih kerana baca bebelan pakcik.

SAIFUL NANG
Suami kesayangan isteri sendiri.