15 ribu ekar balak Hutan Simpan Kekal Nenggiri di Kelantan licin dikerjakan akibat tersalah lulus

15 ribu ekar balak Hutan Simpan Kekal Nenggiri di Kelantan licin dikerjakan akibat tersalah lulus

Dangan Nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang

HILANGNYA SEBUAH KEJUJURAN

Dokumen ini sangat penting.( Rujuk Gambar 1 )

Dokumen ini menunjukkan amalan-amalan yang berlaku dan apa yang tidak kena dengan amalan itu.

Saya ringkaskan intipati dokumen di atas :

a. Tersalah lulus kelulusan tebang habis balak atas nama Ladang Hutan dalam Hutan Simpan Kekal bukan dalam Zon Ladang di HSK Nenggiri

Surat MB berbunyi : ‘Dalam masa yang sama, Hutan Simpan Nenggiri, Gua Musang merupakan kawasan yang berada di luar kawasan zon pembangunan ladang hutan’.

b. Kelulusan tersebut di arahkan dibeku serta merta oleh YAB MB Kelantan melalui surat 11 Jun 2020.

Surat itu berbunyi : ‘Dimaklumkan bahawa, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah mengarahkan semua bentuk pembangunan ladang hutan di dalam Hutan Simpan Nenggiri, Gua Musang adalah dibekukan serta merta’.

Apa yang menjadi misteri dan memerlukan ketelusan YAB MB seperti yang dicanangkan ialah :

a. Berapa keluasan HSK Nenggiri yang ‘tersalah lulus’ dalam Zon bukan Zon Ladang Hutan itu?

b. Bilakah kelulusan itu mula diberikan?

c. Adakah pembalakan telah dilakukan?

d. Apakah lain-lain ‘tersalah’ yang berlaku?

Sementara menunggu jawapan yang mungkin tak tiba, saya kongsikan info yg saya perolehi dan yakin dengan kesahihan info ini.

a. Minima 15,000 Ekar HSK Nenggiri Telah ‘Tersalah Lulus’

Saya merujuk kepada Mesyuarat Jkuasa Kecil Perhutanan Negeri Kelantan Bil 1/2019 dan Bil 2/2019 sebagai sandaran saya.

Keluasan paling minima sebanyak 15,000 ekar telah ‘tersalah lulus’ menerusi dua mesyuarat berkenaan.

9,000 ekar diluluskan kepada Yayasan Kelantan (Yakin) yg kemudiannya meluluskan pula kepada beberapa syarikat yang lain.

6,000 ekar telah diluluskan kepada paling kurang kepada enam syarikat lain dengan keluasan sekitar 1,000 ekar tiap satu.

Pelan kompartmen HSK Nenggiri yang ‘tersalah lulus’ adalah seperti dikepilkan. (Nama-nama syarikat yg berjaya sengaja dipadamkan).

Rujuk Gambar 2

Melibatkan 32 kompartmen. Bermula dengan kompartmen 1 sampai 201.

b. Kelulusan Itu Berlaku Sejak 2019

Surat pembekuan dikeluarkan pertengahan tahun 2020, iatu sekitar setahun selepas kelulusan.

Masa yang agak lama untuk menyedari kesilapan itu.

c. Pembalakan Telah Pun Berlaku

Dalam tempoh itu, dipercayai pembalakn tebang habis telah pun berlaku sewaktu arahan pembekuan dikeluarkan!

d. Dikenakan Bayaran Kadar Lama Dan Dibaiki Semula

Saya bersandar kepada Mesyuarat Jkuasa Kecil Perhutanan Bil 1/2021 di mana Jabatan Perhutanan telah mengangkat satu kertas membaiki kadar bayaran yang dikenakan sebelum ini kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Ini kerana asalnya, syarikat yang berjaya telah dikenakan kadar lama atas alasan syarikat tersebut diluluskan kawasan Ladang Hutan dalam Hutan Simpan yang telah ditarik balik.

Sebaliknya, syarikat yang baru berjaya telah diberikan kawasan baru yang mempunyai kayu-kayu balak dan bukannya kawasan asal yang ditarik balik yang telah kosong.

Atas ‘kesilapan kedua ini’, satu pembetulan dibuat melalui Mesyuarat Jkkp Bil 1/2021.

Di bawah saya turunkan jadual bayaran kadar lama dan kadar baru. Ia menunjukkan perbezaan sebanyak sekitar RM 400,000.

Rujuk Gambar 3&4

Berdasarkan pembentangan sekilas dalam tajuk yang besar ini, saya berpendapat satu KERTAS PUTIH PEMBALAKAN NEGERI KELANTAN perlu dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Saya juga menyeru semua cerdik pandai Kelantan meneliti isu dan impak amalan ini dengan mendalam.

Satu kajian yang teliti perlu dilakukan dan tidak hanya bersandarkan jawapan-jawapan superficial yg diberikan.

Banyak aspek-aspek lain yang tidak saya kupaskan. Seperti pemilikan syarikat-syarikat yang berjaya, ketirisan kutipan hasil dll.

Bukan niat saya untuk berkonfrantasi dengan pemilik-pemilik syarikat tetapi kepentingan Negeri secara jangka panjang dan menyeluruh mengatasi perkara yang lain.

Fakta-fakta yang saya bentangkan bebas diolah semula secara lebih ringkas atau menarik untuk menyebar luaskan info-info ini sehingga kesedaran menyeluruh dapat muncul.

Saya berpendapat, pengurusan balak Negeri Kelantan melalui program tebang habis atas nama membuka Ladang Hutan adalah sebuah konspirasi tersusun yang kurang disedari oleh rakyat biasa tetapi kesannya sangat tragis.

Saya bertawakkal kepada Allah dalam mengambil tanggung jawab yang sangat berat ini dengan harapan akan bangkit sebuah kesedaran melindungi Negeri kita dari penjarahan terancang berskala besar ini.

Saya beranggapan, ramai juga ahli dan penyokong parti Kerajaan Kelantan sekarang tidak bersetuju dengan konspirasi besar pembalakan ini sekiranya mereka memahami isu ini dan merenunginya dengan hati naluri mereka yang jernih.

Pohon maaf kepada pihak yang terkesan dan anggaplah ini peringatan dari saudara se Islam mu dalam perjalanan kita menuju Keredhaan Ilahi yang bersifat Abadi. Sedang kita kini mengharungi cubaan duniawi bersifat sementara.

‘Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap pemimpin akan ditanyakan akauntabiliti kepimpinan mereka’.

Dasar Pas adalah ‘Ubudiyyah, Mas’uliyah dan Itqan.

Salam Ramadhan.

Husam Musa
30 SYA’BAN 1443H
02 APRIL 2022

+++++++
Baca Siri Jawapan Sebelum ini:

1. KELUASAN TIGA KALI PULAU SINGAPURA TEBANG HABIS BALAK DIPANGGIL MENJAGA HUTAN?
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/513414893485203

2. KEJUJURAN MASIH ADA?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/512831910210168

3. BOHONG DALAM BENAR (II)
https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/512246190268740

4. BOHONG DALAM BENAR https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/511682206991805