Lagi kisah malang pengguna melibatkan syarikat penghantar laju

Lagi kisah malang pengguna melibatkan syarikat penghantar laju

Kisah khianat barangan pelanggan oleh staf penghantar cepat memang begitu popular semenjak dahulu lagi. Namun isu tersebut semakin menjadi-jadi sekarang ini, tambahan semenjak langkah perlaksanaan PKP oleh kerajaan di musim Covid-19.

Terbaru tular satu kisah melibatkan aebuah syarikat penghantar cepat J&T Express. Menurut pengguna menggunakan nama akaun @jules1anne dia telah membeli sebuah peranti telefon pintar melalui Shopee baru-baru ini.

Namun apa yang mengejutkan, bungkusan barang yang diterimanya didapati telah dikoyakkan, berbeza dengan gambar yang dihantar oleh penjual ketika barang itu diposkan.

Setelah diperiksa kotak bungkusannya, didapati peranti telefon pintar tiada dan terdapat kesan kotak barang itu telah dibuka. Dia mengesyaki barangnya telah dicuri sewaktu dalam tempoh penghantaran memandangkan bukti bergambar yang dikirimkan penjual.

Dalam respon pantas terhadap kejadian tersebut, pihak Shopee telahpun menghubung pengguna malang tersebut.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat lebih 10 ribu tanda suka dan diciap semula sebanyak lebih 8 ribu kali. Manakala dalam ruangan komen pula, pembaca turut berkongsi kisah sedih menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran segera tersebut.