1MDB : Negara keluarkan RM8.64 bilion bayar hutang, baki RM41.36 bilion

1MDB : Negara keluarkan RM8.64 bilion bayar hutang, baki RM41.36 bilion

1. Kesan buruk skandal 1MDB telah mula kita rasai. Ada yang akan berlangsung selama beberapa puluh tahun dan ada yang mungkin untuk jangka masa yang lebih panjang.

2. Ambil hutang 1MDB. Sebanyak RM8.64 bilion sudah kita bayar balik. Baki yang masih tinggal RM41.36 bilion. Jumlah ini bersamaan dengan Subsidi Haji untuk 3.2 juta jemaah.

3. Ini semua kita dan anak cucu cicit kita kena tanggung melalui cukai dan macam-macam lagi hasil lagi kepada kerajaan.

4. Bukan itu saja. Penjana elektrik bebas (IPP) yang dulu milik pelabur tempatan sekarang jadi hak milik kerajaan China. Banyak orang Melayu-Islam benci DAP tapi yang jual aset negara kepada China adalah Umno/BN.

5. 1MBD beli IPP ini dengan harga RM12 bilion. Tapi bila sesak duit untuk bayar hutang dijual kepada China General Nuclear Power Corporation (CGN) dengan harga RM9.83 bilion saja. Beli mahal jual murah.

6. Sekarang China menjadi penjana bebas kedua terbesar di Malaysia selepas syarikat tempatan iaitu Malakoff Berhad.

7. Perbicaraan kes-kes jenayah bersangkutan 1MDB telah dan sedang mendedahkan berbagai-bagai macam penipuan dan urus niaga yang merugikan dan mengancam kepentingan strategik negara.

8. Harapan kita mendapatkan kĕadilan dan pĕmbelaan bergantung kepada sistem Kehakiman yang bebas dan merdeka.

Wallahuaklam. Terima kasih.

Sumber : FB A Kadir Jasin