2 bulan hantar anak ikuti program agama, wanita tergamam dapat mainan van jenazah sempena Hari Ibu

2 bulan hantar anak ikuti program agama, wanita tergamam dapat mainan van jenazah sempena Hari Ibu

 

Tidak mahu menjadikan faktor usia sebagai penghalang, seorang wanita sanggup menghantar anak-anak untuk mengikuti program agama.

Hantaran tersebut di kongsi di Facebook Kisah Dunia mengenai hadiah yang diterima wanita pada Hari Ibu.

Di bawah adalah perkongsian tersebut.

Bertuah punya anak, nak dijadikan cerita anak-anak ada pergi program agama yang berlangsung selama dua bulan.

Banyak juga ilmu yang mereka dapat terutamanya pasal kematian, Dea asyik cerita dekat kami (ibu bapa).

Kami selalu dengar depa (mereka) bebel. Jadi masa aku bawa depa pergi makan, aku tanya anak aku ada ke hadiah untuk mami dan mereka dengan semangat kata ada.

Sekali sampai rumah, isteri buka. Hai anak, dia boleh bagi mami kereta mayat (mainan). Aku nak gelak nanti isteri aku marah.

Aku pun puji cakap bagusnya anak-anak kita, mereka bagi peringatan sebab kita ini orang tua selalu asyik lupa juga.

Kredit: amirulfahmiii

Mak-mak ini selalunya tak kisah dengan hadiah yang diberikan, paling penting rasa dihargai oleh anak sebenarnya.