2 kali czer dalam 11 bulan, sayu lihat wajah penat isteri lahirkan anak kedua
Baru 4 bulan melahirkan anak sulung pada 17/8/2022, seorang wanita bernama Fenny Alberti tergamam apabila doktor sahkan dirinya hamil selama 2 bulan.
Badan belum sembuh 100% daripada prosedur czer, ini bermakna dia dan suami sudah ‘bersama’ dalam fasa berpantang.
Peminat risaukan keadaan dalaman Fenny
Kehamilan memang rezeki Allah, namun peminat pasangan TikTokers ini risau mengenangkan ketahanan diri Fenny.
Sebelum ini, suaminya, Akash Elahi pernah kongsikan video Fenny yang sarat hamil menghadapi kesukaran berjalan dan masalah tulang pinggul.
@akashellahi Sisa 2 hari untuk sesar Doain ya guys #mertuavsmenantukocak #fizzoid #fizzobonusbook #novel @kaiyalovesfizzo
Dalam tempoh kurang setahun, jalani 2 kali proses czer untuk lahirkan 2 anak
Syukur kepada Allah, hari ini pada tanggal 8/7/2023, Akash mengumumkan anak kedua mereka selamat dilahirkan juga dengan kaedah czer.
Hanya dengan jarak 11 bulan sahaja, Fenny dilihat sebagai wanita yang cukup kuat kerana mampu melahirkan 2 orang bayi melalui cara operation.
Janji ya tak boleh tinggalkan aku
Berpeluang menemani si isteri dalam ruang bersalin, Akash terus memberikan semangat di kala air mata Fenny mula bergenang.
Apabila prosedur itu telah selesai, Fenny dibawa ke ruangan rehat namun riak wajahnya nampak kosong seolah-olah begitu penat.
Kelahiran itu dihujani dengan kata tahniah dan doa berpanjangan daripada peminat mereka.
@akashellahi Janji ya ga boleh tinggalin aku , kata ayang #akashellahi #akven
@akashellahi Mashallah #akashellahi #akven
@akashellahi Sudah KB 7tahun ke depan kk venny isterahat dulu ya #akashellahi #akven