2 kereta dirempuh, kerajaan terus gagal tangani kes libatkan pemandu mabuk

2 kereta dirempuh, kerajaan terus gagal tangani kes libatkan pemandu mabuk

Polis menahan seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan, di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (arah Port Dickson) pada awal pagi Ahad.

Menurut laporan disiarkan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, kejadian yang berlaku pada jam 2.45 pagi itu, menyebabkan seorang mangsa yang merupakan pemandu kereta jenis Proton Saga, mengalami patah paha kaki kanan, akibat dirempuh suspek yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati, suspek telah memandu secara melawan arus dari arah Port Dickson ke arah Seremban, manakala pemandu kereta jenis Toyota Vios dan Proton Saga dari Seremban ke Port Dickson.

“Sampai di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan itu telah dilanggar oleh kereta pacuan empat roda (Ford Ranger) yang dinaiki suspek secara seorang diri.

“Pemandu pacuan empat roda itu, dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, dia kemudiannya dibawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi menjalani ujian saringan nafas dan bacaan ujian saringan.

“Suspek serta pemandu dan penumpang di kereta Toyota Vios yang dilanggar, tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/168486/BERITA/Semasa/Pemandu-mabuk-rempuh-dua-kenderaan-ditahan?utm_source=Sinar+Harian&utm_medium=Sinar+Harian&utm_campaign=Pemandu+mabuk+rempuh+dua+kenderaan+ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf