2 lagi bekas MP Pas tidak dicalon semula ikut jejak Khairuddin At-Takiri bertanding di bawah logo BN???

2 lagi bekas MP Pas tidak dicalon semula ikut jejak Khairuddin At-Takiri bertanding di bawah logo BN???

Arena politik negeri ini semakin panas apabila dua penyandang kerusi Pas yang dilaporkan tidak tercalon bakal membuat kejutan apabila bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Memetik Utusan, dua calon Pas itu ialah penyandang kerusi Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dari Bachok selepas nama mereka difahamkan tidak tercalon.

Cakap-cakap ‘pertukaran’ simbol itu mula bertiup kencang selepas Nik Mohamad Abduh memuat naik sekeping gambar bumi berwarna biru sehingga mencetus pelbagai polemik dalam kalangan warganet.

Gambar tersebut mendapat perkongsian sebanyak 158 tanda suka dan mengundangkan lebih 1,400 komen yang ditinggalkan oleh warganet.

Sementara itu, poster ucapan tahniah terhadap Che Abdullah sebagai calon BN pada PRU15 mulai tersebar sejak awal pagi tadi.

Difahamkan, Che Abdullah bakal digantikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad di Tumpat manakala Dr. Wan Martina Wan Yusuff akan menggantikan Nik Mohamed Abduh di Bachok.

Sementara itu Che Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia memberikan komen ringkas berbunyi tunggu malam ini