2 remaja keji culik budak 11 tahun semata jual organ

2 remaja keji culik budak 11 tahun semata jual organ

 

Kecoh di media sosial berita mengenai dua remaja di Kota Makassar, Indonesia telah ditahan pihak berkuasa selepas disyaki menculik dan membunuh seorang budak berusia 11 tahun.

News Detik melaporkan suspek berusia 17 tahun dan 14 tahun itu nekad melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk menjual organ mangsa kepada pihak yang menawarkan harga lumayan di internet.

Menurut keterangan pihak polis, berikut merupakan beberapa fakta kes berkaitan:

1. Kes terbongkar selepas keluarga melaporkan kehilangan seorang budak lelaki sejak 8 Januari 2023.

2. Dalam proses pencarian, penduduk setempat menemui jasad budak di kawasan jambatan, dua hari selepas dilapor hilang.

3. Kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah tersebut kerana terpengaruh aktiviti penjualan organ manusia yang menawarkan pulangan yang tinggi.

4. Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mendedahkan mangsa diajak suspek untuk pergi membantu membersihkan rumah.

5. Suspek dipercayai mengajak mangsa untuk membantunya membersihkan rumah dengan menjanjikan upah 50,000 rupiah (kira-kira RM14).Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengikut suspek ke sebuah rumah.

6. Mangsa diminta untuk menunggu sebentar di rumah sambil menonton sesuatu di komputer riba. Ketika itulah suspek melakukan perbuatan terkutuk dengan mencekiknya dari belakang dan menghantukkan kepalanya ke dinding sebanyak lima kali sehingga meninggal dunia.

“Selepas mendapati mangsa meninggal dunia, suspek yang menjadi panik kemudian mengikat kaki mangsa dan memasukkannya ke dalam beg plastik hitam. Kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan, suspek bertindak membuang mayat mangsa di Pusat Pemeriksaan Pam Timur Nipa. -Waduk Nipa, Moncongleo, Kabupaten Maros,” kata Abdul Azis.

Kejadian itu telah menyebabkan ratusan penduduk yang berang bertindak merosakkan rumah pelaku. Rumah dua tingkat milik ibu bapa suspek 17 tahun dirobohkan penduduk.

Malah ahli keluarganya lari meninggalkan rumah mereka kerana berasa takut. Hal itu menyebabkan polis terpaksa datang untuk mengawal keadaan.