20 tahun hidup dalam rumah sampah, menangis-nangis halang orang bersihkan rupanya ini yang dialami makcik ini

20 tahun hidup dalam rumah sampah, menangis-nangis halang orang bersihkan rupanya ini yang dialami makcik ini

 

Marina Ibrahim iaitu seorang ahli politik telah berkongsi beberapa keping gambar menerusi ciapannya di Twitter menunjukkan keadaan rumah seorang wanita yang bersepah dengan longgokan barang dan sampah disebabkan mempunyai masalah Hoarding Disorder.

Menurut Marina, wanita itu menyimpan semua barangan di rumah dan tidak bercadang untuk membuangnya dalam masa terdekat.

Malah, proses untuk membersihkan rumah turut dihalang oleh anak wanita berkenaan dengan cara memberontak dan pujukan serta cadangan untuk menjual barangan mereka juga tidak berkesan.

Aunty ini menangis-nangis tak beri kebenaran bersihkan. Tengok dalam rumah memang terkejut dengan keadaannya.

“20 tahun kumpul barangan tersebut. Jiran pun terkejut tak tahu dia ada dua orang anak yang tinggal dalam satu bilik.” ujar Marina.

Bagi mengatasi masalah ini, Marina turut menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan kaunseling bagi membendung penyakit dihidapi.

Untuk pengetahuan anda, individu yang mengalami Hoarding Disorder akan mengalami ketegangan setiap kali berfikir tentang tindakan membuang barang-barangnya.

Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berharap bahawa keluarga ini akan dibantu supaya mereka dapat hidup dalam persekitaran yang bersih.