3 tahun berlalu, Myvi murah Pas menjadi tanda tanya

3 tahun berlalu, Myvi murah Pas menjadi tanda tanya

Hampir 3 tahun berlalu, semenjak Pemuda Pas melalui Timbalan Ketua Pemudanya ketika itu Ir Hj Khairil Nizam pernah menulis kaedah pembelian kereta dengan harga yang jauh lebih murah, sekiranya rakyat melantik Pas menjadi kerajaan Pru-14 yang lalu.

Sambil mengambil contoh sebuah Myvi, dia menunjukkan kebijaksanaannya menyihir pembaca dengan berkongsi langkah menurunkan harga baru kereta tersebut yang boleh dibeli oleh rakyat Malaysia selepas Pru-14 nanti.

Namun idea populis yang turut dimasukkan antara salah 1 janji manifesto parti itu akhirnya ternyata memakan diri dan menjadi beban sehingga kini. Dalam seminggu ini, pengguna fb kembali menaikan semula hantaran tersebut sambil menyelitkan komen-komen sinis bertanyakan mana Myvi murah yang dijanjikan sewaktu berkempen untuk menjadi kerajaan dahulu.

Namun seperti biasa, Pas yang dahulunya begitu sibuk bertanyakan perlaksanaan manifesto Pakatan Harapan selama 22 bulan memerintah negara, kini bersikap sebaliknya ketika menjadi sebahagian daripada kerajaan. Malah pencadang kepada idea bodoh ini juga semakin tidak berminat memanjangkan ideanya setelah menjawat pelbagai jawatan GLC dan menjadi Senator.

Benarlah kata bijak pandai, jika tidak bercakap tersembunyi bodohnya, tetapi sekali bercakap mmg terserlah kebodohannya.