300 ditahan beraksi lucah di kolam renang ‘private’

300 ditahan beraksi lucah di kolam renang ‘private’

Saban hari negara terus didedahkan dengan kes tangkapan melibatkan aktiviti berkaitan pesta seks dan dadah berkumpulan.

Malah kumpulan ini bertindak berani selepas melihat peralihan kerajaan baru yang dilihat agak lembut dan begitu terbuka melayan kehendak mereka terutama selepaa begitu lama terkurung semasa arahan PKP dahulu.

Jika dahulunya aktiviti mereka hanya tertumpu di kelab-kelab malam, pub dan disko, namun sekaramg mereka mulai beralih menjadikan kawasan persendirian sebagai venue pertemuan memandangkan lebih privasi.

Terkini, akhbar Sinar Harian melaporkan seramai 303 individu termasuk 111 wanita ditahan dalam parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, mereka yang ditahan dalam parti yang bermula jam 4 petang itu terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.

“Kita jalankan risikan sebelum serbuan dilakukan dan difahamkan setiap individu dikenakan bayaran RM60 untuk menyertai parti yang dijemput menerusi aplikasi media sosial,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam itu, sebahagian wanita berbikini dikatakan sedang leka menari, mandi dalam kolam dan berhibur.

Serbuan berkenaan diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor bersama anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Sementara itu, ujian air kencing turut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur terhadap semua yang ditahan.