36 tahun hidup dengan perut buncit, rupanya lelaki ‘mengandungkan’ kembar

36 tahun hidup dengan perut buncit, rupanya lelaki ‘mengandungkan’ kembar

 

Terpaksa hidup selama 36 tahun dengan perut buncit seperti wanita mengandung, seorang lelaki dari Nagpur, Maharashtra sering disisih masyarakat.

Sanju Bhagat yang lahir pada 1963 menderita penyakit jarang jumpa dikenali Fetus in Fetu FIF dan diberi jolokan ‘lelaki mengandung’ kerana perutnya yang buncit.

Lebih mengejutkan ialah Bhagat ‘mengandung’ kerana membawa kembarnya selama 36 tahun tanpa sedar.

Bhagat tidak mencurigai apa-apa pada mulanya, memandangkan ketika zaman kecil, dia membesar dengan sihat meskipun berperut buncit.

Sehinggalah apabila mencapai usia 20-an, perutnya buncit pada kadar yang menakutkan dan pada 1999 kehidupannya menjadi huru hara.

Buncit perut Bhagat turut menolak otot diafragma yang membawa kepada masalah pernafasan.

Dia kemudian ke Hospital Mumbai untuk mendapatkan jawapan.

Awalnya, doktor menganggap Bhagat menderita ketumbuhan berbahaya yang membawa kepada tumbesaran itu, namun pakar perubatan terkejut apabila menemui janin manusia yang cukup sifat di dalam perutnya semasa pembedahan.

“Kami sangat terkejut, keliru dan kagum. Bagi saya ia penemuan mengejutkan dan menakutkan. Saya seolah bersalaman dengan seseorang di dalam,” kata pakar bedah yang dilapor India Times.

Memeranjatkan mereka apabila Bhagat segera menjauhkan diri daripada ‘gumpalan daging dan rambut’ yang hidup dengannya selama tiga dekad itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

FIF adalah kecacatan jarang berlaku di mana satu janin vertebra melekat di dalam badan kembarnya, yang menurut Dr Mohammed Imran berlaku satu daripada 500,000 kelahiran hidup.