“3K sold out dalam masa 2 jam” – Anak Achey jual gula-gula secara ‘live’, Achey & isteri sebak dengan rezeki Tiara

“3K sold out dalam masa 2 jam” – Anak Achey jual gula-gula secara ‘live’,  Achey & isteri sebak dengan rezeki Tiara

Kanak-kanak mempunyai bermacam perangai dan telatah yang boleh membuatkan orang dewasa ‘cair’ dan terhibur.

Seperti anak kepada pelawak dan pelakon terkenal Achey, Tiara Zinnirah yang sering menjadi perhatian netizen kerana telatahnya yang menghiburkan dan sangat comel.

Baru-baru ini, Achey dan isterinya terharu serta sebak apabila tuah anaknya itu kelihatan selepas berjaya menjual 3K bungkusan gula-gula dan coklat.

Dalam TikTok miliknya, Achey berkongsi Tiara menyatakan hasrat ingin menjual coklat serta gula-gula kerana terikut dengan satu video yang ditontonnya, tanpa berfikir panjang, Achey serta isterinya melayan kerenah anaknya itu dan membuat keputusan untuk menjual secara live di platform media sosial itu.

@achey_kintangkintung

NUR TIARA ZINNIRAH NASIR BTE ABD HAQ .. Apa yang korang sayang sangat kat dia ni??? … 21juta like .. 21view maxsimum.. 3000pack sold out.. dalam masa 2 jam.. #tiarabottolcandy #terimakasih #anakachey #tiarazinnirah

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

“Kakak, cadangan kakak nak buat candy ini gila-gila. Mama dengan ayah meniaga pun tidak macam ini kakak. Dalam ini habis semua gula-gula kakak.

Untuk perniagaan yang pertama Tiara, sold out (habis dijual),” jelasnya.

Lebih manis lagi, Achey memberitahu wakil TikTok menelefonnya dan memberitahu terdapat 21 juta likes serta 21 ribu penonton yang menonton sesi live tersebut.

Selain itu, penyanyi tersohor negara Ernie Zakri turut memuat naik sebuah video di TikTok miliknya yang memaparkan dirinya sedang menangis dan ingin membeli gula-gula yang dijual adik Tiara jika ada sesi live lagi.

@erniezakri23

@achey_kintangkintung nak beli Tiara Candy tau ❤️

♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind