4 cara semula jadi halau tikus dari rumah, yang pertama tu tiap-tiap hari kita minum

4 cara semula jadi halau tikus dari rumah, yang pertama tu tiap-tiap hari kita minum

 

Tikus adalah salah satu haiwan parasit yang amat dibenci oleh pemilik rumah kerana suka menggigit barang-barang dan meninggalkan najis di merata tempat.

Malah, kehadiran spesies haiwan mamalia yang tergolong dalam kumpulan dipanggil rodensia ini boleh mengundang penyakit seperti kencing tikus ataupun Leptospirosis.

Oleh sebab inilah orang ramai gigih mencari bahan mujarab atau kaedah berkesan untuk mengusir haiwan yang menjengkelkan ini daripada terus menghuni kediaman.

Untuk menjawab persoalan orang ramai, berikut kami kongsikan empat cara semula jadi bagi menghalau tikus menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah didapati.

1. Teh Uncang

Meski kedengaran seperti tidak munasabah, bagaimanapun kegunaan teh uncang ini dikatakan sangat berkesan berikutan baunya yang tidak menyenangkan bagi tikus.

Cara ini mudah sahaja kerana pemilik rumah hanya perlu letakkan atau gantung teh uncang yang telah digunakan di laluan tikus untuk menghalau binatang berkenaan.

2. Daun Durian Belanda

Bahan ini juga dikatakan berkesan untuk menghalau tikus dengan letakkan beberapa helaian daun durian belanda di tempat laluan ataupun lokasi sarang haiwan tersebut.

Jangan lupa untuk gantikan dengan daun yang baharu selepas dua ke tiga hari dan boleh juga ia diletakkan di dalam almari untuk menghalang tikus daripada bersarang.

3. Kulit Durian

Jangan terus buang kulit durian selepas buahnya dinikmati berikutan boleh dijadikan sebagai bahan yang berkesan untuk menghalang tikus dari masuk ke dalam rumah.

Letakkan beberapa potongan kulit di laluan binatang itu kerana baunya yang tidak menyenangkan selain ketajaman buah berkenaan dikatakan ditakuti oleh spesies itu.

4. Lada Hitam / Cuka

Sifat cuka yang berbau sangat kuat dikatakan dapat membantu untuk mengelakkan daripada bintang perosak berkenaan bersarang dan beranak pinak di dalam rumah.

Pemilik rumah hanya perlu titiskan cuka ke dalam satu bekas kecil sebelum letakkan di tempat laluan tikus selain sentiasa menambah bahan dapur iti secara berkala.

Sekiranya pemilik rumah tidak gemar dengan bau cuka yang kuat, mereka juga boleh menaburkan serbuk lada hitam ke laluan binatang tersebut.