4 langkah tebus e-kredit RM100 eMadani

4 langkah tebus e-kredit RM100 eMadani

 

Rakyat negara ini yang layak boleh menebus e-kredit RM100 eMADANI mulai hari ini,

Penebusan wang berkenaan boleh dibuat melalui empat langkah seperti yang dikongsikan di laman sesawang Touch ‘n Go.

Pengguna baharu dan sedia ada perlu terlebih dahulu melakukan proses verifikasi melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah pertama: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah kedua: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah ketiga: Penyedia khidmat e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your- Customer (eKYC).

Langkah keempat: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.

Hanya penerima yang layak menuntut kredit eMADANI daripada satu penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.